13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, saya mengucapkan syabas dan

setinggi-tinggi tahniah kepada Persatuan Alumni Ilmu Khas, Institut Pendidikan Guru

Kampus Ilmu Khas, Universitas Pendidikan Indonesia, Kolej Universiti Islam Selangor

dan Universiti Tun Abdul Razak yang telah berkolaboratif menganjurkan International

Conference On Pedagogy And Inclusive Education (ICPIE) 2019. Pentas seminar ini

dapat menjadi satu landasan untuk para pembentang dan peserta ICPIE 2019 berkongsi

idea dan hasil penyelidikan berkaitan pendidikan inklusif dan pedagogi. Seminar ini

dapat mewujudkan rangkaian perkongsian dapatan penyelidikan dalam kalangan

institusi untuk Penganjuran ICPIE 2019 sangat penting agar pensyarah dan pelajar

dapat menguasai pelbagai ilmu dan kepakaran terkini yang bersifat global bagi

meningkatkan kualiti profesionalisme. Program ini juga digabungkan dengan Program

Memasyarakatkan Orang Kurang Upaya (MOKU) menonjolkan pencapaian mereka

dalam pelbagai bidang.

ICPIE 2019 merupakan satu wadah yang membolehkan proses pembelajaran sepanjang

hayat dan dijadikan sebagai budaya perkembangan ilmu yang berkualiti dan inklusif

bagi semua individu tanpa mengira jantina, latar belakang dan keupayaan individu.

Pembudayaan berseminar dalam kalangan pendidikan adalah satu usaha meningkatkan

profesionalisme keguruan melalui perkongsian pengetahuan dalam kalangan pendidik

di pelbagai institusi dan negara. Memang tidak dapat dinafikan penyelidikan

merupakan elemen penting ke arah menjadikan pendidikan bersifat dinamik dan

mampu melahirkan insan yang berketerampilan. Justeru, melalui program seperti ini

mampu menyuburkan penyelidikan dalam bidang pendidikan yang sesuai dengan era

Revolusi Perindustrian 4.0.

Akhir kata, saya berharap semoga kita semua memperoleh manfaat daripada seminar

dan program memasyarakatkan orang kurang upaya ini.

Tuan Hj. Wan Yusof bin Wan Ngah

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!