13.09.2019 Views

BukuProgramICPIE_2019-13Sept2019

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

INTERNATIONAL CONFERE NCE ON PEDAGOGY AND INCLUS I VE EDUCATI ON I CPIE 2019

KUALITI PERKHIDMATAN TASKA BERKAIT RAPAT DENGAN

PEMATUHAN TERHADAP AKTA & PERATURAN TASKA

Rozbizah binti Abd Aziz 1

Institut Sosial Malaysia

rozbizah@ism.gov.my

biza0104_jkm@yahoo.com

Hajah Mariani binti Mohammed Saad 2

UNIRAZAK

mariani_saad@yahoo.com

ABSTRAK

Kualiti perkhidmatan TASKA merupakan perkara penting yang ditekan

oleh pihak Kerajaan kepada pengusaha-pengusaha TASKA yang ingin

membuka TASKA bagi menjana pendapatan mereka. Keperluan menambah

pendapatan pengusaha TASKA juga adalah sejajar dengan keperluan

keluarga meningkatkan kos sara hidup keluarga. Masalah sejagat ini telah

memaksa ramai ibu bapa dan penjaga untuk keluar bekerja, ramai kanakkanak

telah dihantar untuk diasuh dan dididik di Taman Asuhan Kanak-

Kanak (TASKA) manakala sebahagian lagi dijaga di Pusat Jagaan Kanak-

Kanak sama ada selepas TADIKA atau selepas waktu kelas. TASKA dan

Pusat Jagaan Kanak-Kanak perlu berdaftar serta perlu menyediakan

perkhidmatan yang berkualiti agar kanak-kanak yang berada di dalam

asuhan, didikan dan jagaan mendapat perkembangan dan kemajuan yang

holistik seperti yang ditetapkan oleh Dasar Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

TASKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak perlu menjaga keselamatan,

kebersihan dan kesihatan kanak-kanak. Kemahiran pengasuhan

pendidik/pengasuh dan penjaganya juga perlu dipantau oleh pihak

berkuasa. Kelengkapan alat pengajaran dan pembelajaran bagi TASKA dan

Pusat Jagaan Kanak-Kanak serta persekitaran yang kondusif yang mana

perlu sentiasa dikawal selia walaupun perakuan pendaftaran mereka sah

sehingga 60 bulan. Pemeriksaan mengejut oleh Pegawai Diberi Kuasa

(PDBK) TASKA dan PDBK Pusat Jagaan perlu dilaksanakan secara

berterusan terhadap TASKA dan Pusat Jagaan agar mereka mematuhi akta

dan peraturan yang berkaitan seperti yang ditetapkan. Pemeriksaan berkala

perlu dilaksanakan bagi memastikan kualitinya sentiasa menepati piawaian

yang ditetapkan serta TASKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak berdaftar

yang sentiasa mematuhi semua keperluan di bawah Akta dan Peraturan.

76

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!