21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

PEJABAT PENGURUSAN PROGRAM (PMO)

Pejabat Pengurusan Program (Program

Management Office – PMO ) telah ditubuhkan pada

1 Disember 2007 dan bertanggungjawab bagi

merancang, menyelaras, mengurus dan memantau

pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN) menerusi tujuh Teras Strategik.

Teras strategik tersebut telah diterjemahkan

kepada 23 agenda kritikal yang merupakan faktor

pemangkin bagi mentransformasikan pengajian

tinggi.

PSPTN dilaksanakan pada peringkat Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) yang merangkumi agensi

dan institusi di bawahnya. Agenda kritikal tersebut

adalah antara faktor pemangkin untuk menentukan

kejayaan transformasi pengajian tinggi. Bagi

melaksanakan transformasi pengajian tinggi,

peranan KPT dengan agensi di bawah kawalannya

telah berubah daripada sebuah badan pengawal

(regulator) kepada pemudah cara (facilitator).

Perubahan-perubahan yang dirancang dalam

melaksanakan transformasi perlu bersifat

luar biasa (business unusual) terutamanya

perkara-perkara yang menyentuh prestasi institusi,

struktur dan kepelbagaian eko-sistem pengajian

tinggi dan dasar negara yang memberi impak

kepada operasi pengajian tinggi. Justeru, PMO

membantu membangunkan strategi secara

terperinci dalam skop utama perubahan,

mendapatkan buy in dan penglibatan daripada

pemegang taruh. PMO juga bertanggungjawab

memantau kemajuan dan keberkesanan

pelaksanaan agenda kritikal dalam memacu

transformasi pengajian tinggi negara.

Sepanjang tahun 2010, PMO telah memantau

kemajuan dan keberkesanan pelaksanaan Pelan

Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) di IPTA

dan semua agensi di bawah KPT selari dengan fasa

pertama pelaksanaannya. Peletakan Asas (2007-

2010) seperti berikut:

Peringkat 1 (Januari hingga Jun):

Mempromosi PSPTN dan penglibatan agensi

pelaksana/ pemegang taruh agenda kritikal dalam

perancangan Fasa II PSPTN (30%).

Peringkat 2 (Jun hingga Ogos):

Pemantauan pelaksanaan PSPTN dan

keberkesanannya melalui Semakan Keserakanan

(Peer Review) Siri Kedua ke atas pemegang taruh

Projek Agenda Kritikal (Sekretariat Critical Agenda

Project -CAP) dan mengemaskini data ke dalam

sistem ePMO dan pembentangan Perancangan

Fasa 2 PSPTN oleh setiap Pengerusi CAP (30%).

Peringkat 3 (September hingga November):

Pemantauan pelaksanaan PSPTN dan verifikasi

data melalui Semakan Keserakanan Siri Kedua

Tahun 2010 ke atas semua IPTA dan Sekretariat

CAP yang menjalankan proses penetapan agihan

sasaran bagi setiap KPI CAP (30%).

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0 139

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!