21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

ANTARA AKTIVITI PSH YANG

DILAKSANAKAN IALAH;

1. Pengukuhan Graduan

Kumpulan sasaran melibatkan pelajar kolej

komuniti, politeknik, graduan kolej komuniti,

graduan politeknik serta graduan institusi

pengajian tinggi awam dan swasta serta

komuniti setempat. Fokus utama adalah

kepada pemberian nilai tambah kepada

peserta kursus. Peserta adalah bebas untuk

mengikuti semua bidang kursus pendek yang

ditawarkan walaupun ianya tidak berkaitan

dengan bidang utama yang dipelajari semasa

belajar di institusi pengajian masing-masing.

2. Keusahawanan

Kumpulan sasaran melibatkan kakitangan

awam,swasta, pelajar, belia, warga emas, OKU,

ibu-bapa tunggal, komuniti setempat serta

individu yang berminat untuk mempelajari

dan mendalami aspek keusahawanan di dalam

setiap kursus pendek yang diikuti. Kursus

pendek yang ditawarkan adalah merangkumi

aspek pemberian latihan dan nilai tambah

kepada peserta serta dalam masa yang sama

mampu menjana ekonomi serta memupuk

budaya usahawan di kalangan peserta kursus.

Peserta kursus akan diterapkan dan diberi

pendedahan cara penjanaan ekonomi individu

secara sepenuh masa atau separuh masa

daripada kemahiran yang diperolehi daripada

kursus pendek yang dihadiri.

3. Reskilling

Kumpulan peserta adalah daripada individu

yang ingin menambah pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang yang telah dipelajari

sebelum ini. Ledakan dan kepantasan

teknologi mengakibatkan perubahan yang

besar kepada pengetahuan sedia ada. Peserta

adalah merangkumi kakitangan awam, swasta,

pekerja industri, pelajar, golongan belia, warga

emas, OKU, ibu-bapa tunggal serta komuniti

setempat. Fokus penyertaan adalah kepada

menambah pengetahuan sedia ada untuk

digunakan di alam pekerjaan atau membantu

pengurusan kehidupan seharian.

4. Pembasmian Kemiskinan

Peserta adalah dikenalpasti dari kalangan

kumpulan miskin bandar dan luar bandar

serta ibu bapa tunggal di dalam golongan

berpendapatan rendah. Kursus pendek lebih

kepada memberi peluang kepada peserta

mempelajari kemahiran yang mampu menjana

pendapatan serta meningkatkan taraf ekonomi

individu serta keluarga.

5. Warga Prihatin

Peserta adalah dikenalpasti daripada golongan

belia tercicir atau akademik rendah, warga

emas, OKU, ibu-bapa tunggal, golongan

miskin,orang asli serta komuniti setempat.

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0 217

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!