21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

PENGENALAN

Pada 16 September 2009, Jabatan Pengajian

Politeknik dan Kolej Komuniti telah distrukturkan

semula menjadi dua jabatan yang baharu iaitu

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan

Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Pemisahan ini

adalah bertujuan untuk menjenama semula dan

mentranformasikan kedua-dua institusi berkenaan

ke arah melahirkan modal insan yang berinovasi

serta mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

PENCAPAIAN 2010

1.Pelancaran Pelan Transformasi Politeknik

(25 Februari 2010)

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya (PICC) pada 25 Februari 2010, majlis

pelancaran Pelan Tansformasi Politeknik telah

disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana

Menteri Malaysia. Majlis tersebut telah dihadiri

oleh kira-kira 700 orang tetamu dari dalam dan

luar negara yang mempunyai hubungan yang

signifikan terhadap pelan transformasi yang

ingin dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian

Politeknik (JPP). Pelan transformasi tersebut

merupakan satu perancangan strategik untuk

melakukan penjenamaan semula politeknik ke

arah memperkasakan peranan politeknik sebagai

peneraju dalam pendidikan teknik dan vokasional

di peringkat tempatan mahupun di peringkat

antarabangsa.

Pelan ini juga merupakan satu usaha Jabatan

Pengajian Politeknik bagi memberikan respon yang

positif terhadap MBE yang akan memacu negara

untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 kelak.

Sebagai peneraju unggul dalam bidang pendidikan

teknik dan vokasional pelan yang dilancarkan

ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti

pendidikan di politeknik dengan perancangan

yang jitu dan pelaksanaan yang tegar bagi

melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan

berkemahiran tinggi. Secara langsung usaha ini

akan membolehkan politeknik membantu industri

dalam mengurangkan kebergantungan terhadap

tenaga kerja asing.

Terdapat lima objektif utama pelan tersebut ;

• Melonjakan politeknik sebagai institusi

peneraju dalam bidang pendidikan dan latihan

teknikal tertentu pada peringkat diploma dan

ke atas.

• Mengukuh kerelevanan dan responsif program

terhadap pasaran kerja dan kemajuan

teknologi industri (industry-led progs)

• Menerajui bidang tujahan dan teknologi

tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti

yang berdaya usahawan, berkebolehanpasaran

tinggi dan berdaya saing.

• Membina reputasi dan jenama yang mampu

meletakkan politeknik antara institusi

pengajian tinggi terbaik.

• Mempelbagai dan meluaskan penawaran

program yang mampu menarik minat pelajar

ke politeknik.

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0 201

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!