21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BP&P berperanan merancang dan memantapkan

Dasar Pengajian Tinggi seiring dengan perubahan

agenda pembangunan modal insan negara.

Bahagian ini juga mengenalpasti dan mengurus

program keusahawanan dan kebolehpasaran

graduan IPT serta melaksanakan kajian berimpak

tinggi untuk diterjemahkan kepada dasar/pelan

tindakan pengajian tinggi negara. Bahagian

ini juga turut mengurus, menganalisis dan

mendokumentasi data pengajian tinggi negara

untuk menjadi pusat rujukan utama sumber

maklumat serta merancang dan melaksana hal

ehwal urusan Parlimen bagi Kementerian.

Program yang berimpak tinggi yang dilaksanakan

sepanjang tahun 2010, ialah:

PELAN INDUK PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT (PSH) NASIONAL

2011-2020

Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Nasional 2011-2020 dengan kerjasama pasukan

penyelidik daripada Open University Malaysia

(OUM) memberi tumpuan kepada agenda Kerajaan

terkini iaitu 1 Malaysia; Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan, Model Baru Ekonomi

(MBE) yang berfokus kepada inovasi, kemahiran

dan kreativiti, Rancangan Malaysia Kesepuluh

(RMKe-10) serta Pelan Transformasi Negara.

Pelan Induk ini telah dibentang dan diluluskan

oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai

Pembangunan Modal Insan (JKMPMI) pada 20

Ogos 2010 yang dipengerusikan oleh Y.A.B.

Timbalan Perdana Menteri.

Beberapa makmal bagi penggubalan Pelan Induk

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Nasional

telah diadakan seperti Jadual 1 berikut :

1. PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN

MODAL INSAN INOVASI PERINGKAT

TERTIARI

Mesyuarat Majlis Inovasi Negara (NIC) tahun 2007

yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

telah mencadangkan Model Inovasi Negara untuk

mentransformasikan Malaysia daripada sebuah

negara yang berasaskan sumber kepada ekonomi

yang dipacu oleh inovasi. Justeru KPT telah

diberi peranan untuk menyelaras dan memacu

pelaksanaan pembangunan modal insan inovasi

negara.

BP&P telah menggubal Pelan Tindakan

Pembangunan Modal Insan Inovasi Peringkat

Tertiari melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas

yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Asma Ismail

(USM). Seramai 13 Profesor dan 15 Pakar daripada

agensi Kerajaan menganggotai pasukan tersebut

mewakili Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI), Kementerian Sumber Manusia (KSM),

Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya

(UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia

Sabah (UMS), Jabatan Pengajian Politeknik dan

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Pelan ini turut diselaraskan dengan rangka dasar

Kerajaan iaitu Program Transformasi Kerajaan,

Model Ekonomi Baru, RMKe-10 dan Agenda on

Innovative Malaysian (AIM) malah digunapakai

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0 15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!