21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

LATAR BELAKANG

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan

Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian

Qualifications Framework - MQF) sebagai landasan

sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan

titik rujukan kriteria dan standard kelayakan

kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan

tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan

kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Dengan visi untuk menjadi organisasi jaminan

kualiti pengajian tinggi yang berwibawa dan

diiktiraf di peringkat antarabangsa dan misi untuk

memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan

melalui amalan baik jaminan kualiti pengajian

tinggi, MQA kini bersedia untuk menerokai

sempadan baru dalam jaminan kualiti pengajian

tinggi.

MAJLIS AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

DAN JAWATANKUASA AKREDITASI

Pada tahun 2010, Menteri Pengajian Tinggi telah

melantik ahli baru untuk menganggotai Majlis

Agensi Kelayakan Malaysia untuk tempoh tiga

tahun. Selain daripada itu, perubahan telah dibuat

kepada Jawatankuasa Akreditasi daripada lima

jawatankuasa kepada dua jawatankuasa iaitu

Jawatankuasa Akreditasi – Sains dan Jawatankuasa

Akreditasi – Sastera. Jawatankuasa ini

bertanggungjawab untuk menilai dan memutuskan

permohonan untuk akreditasi sementara dan

akreditasi penuh untuk tempoh dua tahun.

DASAR BAHARU

Dasar baharu yang diputuskan untuk dilaksanakan

adalah seperti berikut:

i. Dasar penetapan tempoh minimum

pengajian diploma kepada 2 tahun;

ii. Penerimaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

(STAM) sebagai kelayakan masuk ke program

peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

selain Pendidikan Islam, Syariah, Usuluddin

dan Bahasa Arab kepada IPTS;

iii. Dasar berhubung syarat kelayakan masuk ke

program diploma dengan menggunakan Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; dan

iv. Pemindahan Kredit Sijil ke Diploma.

Peraturan-Peraturan Agensi Kelayakan Malaysia

2010 (Borang Ditetapkan) telah diwartakan pada

28 Januari 2010 untuk menyokong pelaksanaan

semua fungsi dengan teratur. Beberapa borang

permohonan dan fi perkhidmatan Agensi Kelayakan

Malaysia telah dikeluarkan seperti berikut;

i. Borang A - Permohonan bagi Perakuan

Akreditasi Sementara Program atau Kelayakan;

ii. Borang B - Permohonan bagi Perakuan

Akreditasi Program atau Kelayakan;

iii. Borang C - Permohonan bagi Perakuan Status

Swaakreditasi;

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0 225

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!