21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

PROGRAM TRAINING OF TRAINER (TOT)

Bagi memenuhi keperluan pengukuhan kemahiran

(reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling)

di kalangan para pensyarah Kolej Komuniti (bagi

SMK yang berkaitan), Bahagian Dasar dan

Pembangunan Kurikulum telah melaksanakan

program Training of Trainer (TOT). Program TOT

ini dilaksanakan mengikut fasa pembangunan

kurikulum SMK dan pelaksanaanya di Kolej

Komuniti. Dalam tahun 2010, sebanyak

RM 2,859,915.00 telah dibelanjakan untuk

pelaksanaan sebanyak 23 program TOT di mana

melibatkan 23 SMK dari 14 Pakej Program (Fasa

1 dan Fasa 2) serta melibatkan seramai 624 orang

pensyarah pelbagai bidang yang berkaitan. Pakej

program yang terlibat ialah:

• Servis Kenderaan Ringan

• Servis Penyejukan Dan Penyamanan Udara

• Pemasangan Elektrik

• Akuakultur

• Operasi Perhotelan

• Penyenggaraan Bangunan

• Pengendalian Pelancongan

• Kulinari

• Menyelenggara Dan Membaiki Motobot

• Fotografi Digital

• Fesyen dan Pembuatan Pakaian

• Terapi Kecantikan dan Spa

• Dandanan Rambut

• Lukisn Senibina

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

(PSH)

PSH merangkumi segala jenis pembelajaran

yang boleh meningkatkan ilmu, kemahiran,

dan kecekapan seseorang. Asas pelaksanaan

Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej

Komuniti adalah ke arah pembangunan modal

insan. Selaras dengan itu, Jemaah Menteri

telah meluluskan Kolej Komuniti sebagai hub

Pembelajaran Sepanjang Hayat pada 20 April

2006. Seterusnya, Pelan Pelaksanaan Kursus

Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej

Komuniti telah dirangka dengan berlandaskan

konsep-konsep berikut :

1. Kolej Komuniti akan menawarkan pelbagai

program pengajian yang relevan dengan

keperluan komuniti setempat.

2. Kolej Komuniti akan membantu golongan

termiskin, golongan tercicir, golongan

istimewa, minoriti, dan warga emas untuk

meningkatkan kemahiran dalam bidang

komunikasi dan penggunaan komputer.

3. Kolej Komuniti akan membangunkan

pangkalan data bagi mengumpul

maklumat berkaitan komuniti setempat.

4. Kolej Komuniti akan melakukan kajian

keberkesanan program Pembelajaran

Sepanjang Hayat disamping melaksanakan

tindakan penambahbaikan.

5. Komuniti setempat akan dilibatkan

dengan pembangunan Kolej Komuniti di

kawasan masing-masing melalui

pewujudan Jawatankuasa Penasihat Kolej

Komuniti

216

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!