21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

ii) MS ISO 9001:2008

Sehingga tahun 2010, Kementerian telah mendapat

pensijilan MS ISO 9001:2008 selama setahun. Bagi

tujuan pembaharuan pensijilan, Pasukan Audit dari

SIRIM QAS International telah melaksanakan Audit

Pensijilan Semula ke atas kementerian pada 4 dan 5

Oktober 2010. Hasilnya, Kementerian telah berjaya

memperbaharui sijil untuk tempoh 16 November

2010 hingga 15 November 2012. Kejayaan yang

diperoleh adalah hasil keberkesanan program

kualiti yang dilaksanakan secara berterusan bagi

menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).

Antara program yang dilaksanakan ialah:

i. Bengkel Penggunaan Sistem Pengurusan ISO

diadakan pada 25, 28 dan 29 Jun 2010

ii. Bengkel Kesedaran MS ISO 9001:2008 diadakan

pada 16 Julai 2010

iii. Bengkel Audit Dalam diadakan pada 22-24 Julai

2010

iv. Pelaksanaan Audit Dalam ISO KPT diadakan pada

4-6 dan 9-11 Ogos 2010

Sistem Pengurusan ISO (SPISO) sebagai

penambahbaikan sistem pengurusan dokumen

kualiti iaitu yang dilaksanakan secara atas talian

menggantikan sistem manual yang digunakan

sebelum ini. SPISO membolehkan pindaan

terhadap dokumen kualiti dilaksanakan pada

bila-bila masa dan boleh mengakses dokumen

sebagai rujukan di bahagian ‘Online Services’

kementerian.

iii) Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Kementerian telah mengambil inisiatif dengan

menganjurkan Konvensyen Kumpulan

inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat KPT yang

melibatkan semua Bahagian, Jabatan dan

Agensi dibawahnya. Konvensyen KIK ini adalah

acara tahunan bertujuan untuk melahirkan

semangat kerja berpasukan, membantu

pihak pengurusan menyelesaikan masalah

dan seterusnya membuat penambahbaikan secara

berterusan khususnya dalam penyampaian

perkhidmatan. Konvensyen ini turut memberi

penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai/

kakitangan yang terlibat dalam KIK dengan

memberi peluang setiap kumpulan KIK membuat

persembahan.

Kementerian telah menganjurkan Konvensyen

tersebut pada kali kedua pada 9 November 2010

yang disertai oleh 10 kumpulan dengan

membentangkan projek inovasi masing-masing.

Kumpulan Go-Beyond dari Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan berjaya mempertahankan

kejuaraan mereka seperti tahun sebelumnya

dengan tajuk “Ketidaktepatan Pengelasan Data

Program Pengajian IPTA. Tempat kedua pula

dimenangi oleh kumpulan Ex-7 dari Bahagian

Kewangan dengan projek bertajuk “Mengatasi

Ketidaktepatan Pelaporan Prestasi Belanjawan

Mengurus KPT”. Kumpulan Inspire dari Bahagian

Akaun pula telah berjaya meraih tempat ketiga

dengan projek bertajuk “Meningkatkan Sistem

Semakan Pinjaman Komputer”.

96

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!