21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

DASAR YANG BERJAYA DIGUBAL/

DILAKSANAKAN

PTPTN telah melaksanakan beberapa

penambahbaikan selaras dengan hasrat kerajaan

memastikan akses kepada pendidikan tinggi

disediakan kepada semua pelajar yang layak. Ia

juga menepati objektif penubuhan PTPTN iaitu

memastikan pembiayaan yang efisien disediakan

kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti

pengajian di IPT selaras dengan hasrat kerajaan

bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal

memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan. Antara

penambahbaikan yang dilaksanakan oleh PTPTN

pada tahun 2010 adalah seperti berikut:

i. Penukaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN

Kepada Biasiswa Bagi Pelajar-Pelajar Yang

Mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan

Kepujian Kelas Pertama Atau Setaraf

Dengannya

Semasa sesi pembentangan Bajet 2010 pada

23 Oktober 2009, YAB Perdana Menteri

telah mengumumkan supaya pinjaman/

pembiayaan pendidikan PTPTN ditukar kepada

biasiswa. Insentif ini bagi pelajar yang berjaya

menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda

dengan memperolehi Kepujian Kelas Pertama

atau Setaraf. Sehubungan itu, mulai 1 Januari

2010, PTPTN telah memperkenalkan semula

insentif ini dan terbuka kepada pelajar IPTA

dan IPTS yang berjaya menamatkan pengajian

(graduan) Ijazah Sarjana Muda dengan

Kepujian Kelas Pertama atau Setaraf dengannya

berdasarkan Kelulusan Senat dan memenuhi

syarat-syarat yang telah ditetapkan (bagi pelajar

IPTS - terhad kepada pelajar-pelajar yang

mengikuti kursus yang mendapat sijil perakuan

akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA)).

ii. Had Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga Bagi

Penentuan Kelayakan Pembiayaan Pendidikan

Atas Jumlah Pembiayaan Penuh, Sebahagian

Dan Yuran

Selaras dengan keprihatinan kerajaan

mengenai senario semasa bahawa pendapatan

RM3,000 sebulan bagi keluarga yang tinggal

di bandaraya seperti Kuala Lumpur adalah

masih di bawah kategori berpendapatan

rendah, PTPTN telah membuat semakan

semula terhadap had pendapatan ibu bapa atau

penjaga bagi menentukan jumlah pembiayaan

pendidikan. Berdasarkan semakan tersebut tiga

kategori pembiayaan telah dilaksanakan iaitu

Pembiayaan Penuh (pendapatan tidak

melebihi RM4,000), Pembiayaan Sebahagian

(pendapatan melebihi RM4,000 hingga

RM5,000) atau Pembiayaan Yuran (pendapatan

melebihi RM5,000). Had pendapatan baharu ini

berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.

iii. Pengecualian Syarat Lulus Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) Untuk Memohon Pembiayaan

Pendidikan Bagi Pelajar-Pelajar Kelulusan

Unified Examination Certificate (UEC) Di

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Mulai 13 April 2010, KPT telah memutuskan

supaya PTPTN mempertimbangkan

pembiayaan pendidikan bagi pelajar-pelajar

IPTS yang mempunyai kelulusan UEC

(Unified Examination Certificate) tanpa SPM.

Sehubungan itu, mulai 3 Mei 2010, PTPTN

telah meluluskan pembiayaan kepada pelajar

IPTS yang mengemukakan sijil UEC. Walau

bagaimanapun, pengecualian ini hanya bagi

syarat SPM, manakala syarat-syarat kelayakan

lain yang ditetapkan oleh PTPTN adalah kekal

dan perlu dipatuhi.

246

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!