21.11.2014 Views

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

Download here - Kementerian Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

K e m e n t e r i a n P e n g a j i a n T i n g g i

Association of Quality Assurance Agencies of the

Islamic World (AQAAIW)

Selaras dengan pelantikan MQA sebagai sekretariat

Jawatankuasa Pro Tem Association of Quality

Assurance Agencies of the Islamic World (AQAAIW)

pada tahun 2009, beberapa program yang telah

dilaksanakan adalah pembangunan laman

web AQAAIW menerusi pautan di laman web

rasmi MQA serta proses ratifikasi Kuala Lumpur

Declaration 2009. Kuala Lumpur Declaration

2009 ini turut diterjemahkan ke dalam Bahasa

Melayu, Rusia, Perancis dan Bahasa Arab.

Mesyuarat Jawatankuasa Pro Tem AQAAIW pula

telah diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2010

bagi membincangkan draf AQAAIW Constitution

dan membuat beberapa ketetapan berkaitan

penganjuran AQAAIW Roundtable Meeting pada

tahun 2011 di Kazakhstan.

Dialog dengan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

MQA telah menganjurkan sebanyak tiga sesi dialog

dengan wakil Institusi Pengajian Tinggi Swasta

(IPTS) dan wakil pelajar Institusi Pengajian Tinggi

(IPT). Sesi dialog yang bertujuan untuk memberi

peluang kepada pihak berkepentingan memberikan

maklum balas berkaitan proses jaminan kualiti ini

merangkumi Lembah Klang dan Malaysia Timur.

Sesi dialog yang dilaksanakan adalah seperti

berikut:

Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil IPT

ialah berkenaan isu dasar jaminan kualiti seperti

syarat kelayakan masuk program, pemindahan

kredit dan proses jaminan kualiti MQA. Manakala

wakil pelajar mengutarakan isu berkenaan status

akreditasi dan pengiktirafan program, syarat

kelayakan masuk dan pelaksanaan mata pelajaran

wajib serta kelengkapan yang perlu disediakan

pihak IPT sejajar dengan keperluan standard MQA

serta cadangan penglibatan mahasiswa dalam

penggubalan dasar pendidikan tinggi.

Hasil daripada maklum balas yang diterima

sepanjang sesi dialog ini, MQA telah merancang

untuk menubuhkan Majlis Perundingan Pelajar

Institusi Pengajian Tinggi di Peringkat Kebangsaan

yang akan dilaksanakan pada tahun 2011.

Penubuhan majlis perundingan yang melibatkan

perwakilan pelajar IPT seluruh negara tersebut

akan menjadi platform untuk membincangkan isuisu

jaminan kualiti yang melibatkan pelajar secara

menyeluruh dalam usaha penambahbaikan kualiti

IPT dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip

student centric quality assurance.

i. Sesi Dialog MQA Dengan Wakil IPTS 2010

pada 21 Jun 2010;

ii. Sesi Dialog MQA Dengan Wakil Pelajar IPT

Sabah/ Sarawak 2010 pada 1 November 2010;

dan

iii. Sesi Dialog MQA Dengan Wakil Pelajar IPT

Lembah Klang 2010 23 Disember 2010.

236

L a p o r a n T a h u n a n 2 0 1 0

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!