11.07.2015 Views

Download - Tenaga Nasional Berhad

Download - Tenaga Nasional Berhad

Download - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tenaga Nasional Berhad 179 Laporan Tahunan 2009Kerjasama strategik antara UNITEN dan sektorindustri menyediakan akses dan peluang bagipelajar dan tenaga akademik untuk menguasaipengetahuan, malah kepakaran saintifik danteknikal yang relevan untuk keperluan industridan pasaran.Biasiswa Dan Pinjaman PendidikanTNB menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN)telah menyediakan biasiswa dan pinjamanpendidikan berjumlah RM34.6 juta kepada 2,478pelajar cemerlang serta yang memerlukanbantuan untuk melanjutkan pelajaran mereka dipusat-pusat pengajian tinggi terkenal di universitiuniversititempatan dan di luar negeri. Ini adalahsumbangan langsung ke arah melahirkan tenagakerja profesional untuk TNB dan Negara. Sejakpenubuhannya pada tahun 1993, YTN telahberjaya menganjurkan lebih daripada 8,820pelajar.Program PintarPINTAR adalah singkatan ungkapan “PromotingIntelligence, Nurturing Talent and AdvocatingResponsibility” yang merupakan satu programkerjasama tanggungjawab sosial yang diilhamkanoleh Khazanah Nasional Berhad. Ia bertujuanmenggalak kecemerlangan akademik di kalanganmurid-murid sekolah khususnya di luar bandar.Program ini telah melibatkan sumbangan daripadaSyarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs)kepada 160 buah sekolah rendah dan menengahdi seluruh Negara. TNB sebagai salah sebuahGLC, telah memberi sokongan dalam menjayakanprogram PINTAR dengan mengambil 26 buahsekolah rendah di seluruh negara sebagai sekolahangkat. Untuk memastikan program inidilaksanakan dengan jayanya, TNB telah melantikseorang pegawai di setiap negeri sebagaiPegawai Perhubungan dan mentor kepadasekolah-sekolah berkenaan.Seramai 2,456 murid Tahun 6 daripada sekolahangkat TNB mendapat faedah daripada programPINTAR yang mana beberapa aktiviti telahpundirancang untuk meningkatkan prestasi akademikmereka di dalam Ujian Pencapaian SekolahRendah (UPSR). Program-program yangdilaksanakan ialah menganjurkan ceramahceramahmotivasi kepada murid-murid dan jugaibu bapa; menyediakan kelas-kelas tuisyen bagimata pelajaran Matematik, Sains dan BahasaInggeris; menaja akhbar “New Straits Times”,memberi galakkan dalam aktiviti-aktiviti luarseperti perkhemahan cuti sekolah dan sesimembina pasukan dan juga aktiviti kerohanian.TNB juga menganjurkan klinik hoki kepada muridmuridselaras dengan matlamat PINTARmengasah bakat di kalangan kanak-kanak. TNBmemperuntukkan lebih RM500,000.00 setiaptahun untuk melaksanakan program ini.Program Jejak KegemilanganDi bawah program ini, seramai 142 orang muridsekolah luar bandar yang cemerlang di dalampelajaran tetapi daripada keluarga kurangberkemampuan telah dipilih untuk mengikutiprogram lawatan sambil belajar di sekitar KualaLumpur termasuk lawatan ke Universiti TenagaNasional (UNITEN). Program tahunan yangdianjurkan dengan kerjasama KementerianPendidikan Malaysia ini bertujuan memberipendedahan dan menyemai semangat tinggiuntuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dikalangan murid-murid tersebut.Kem Remaja BestariKem Remaja Bestari adalah satu programperkhemahan semasa cuti sekolah yang dianjurkankhusus untuk anak-anak warga TNB dan anakanakyatim. Kem ini bertujuan memberi panduandan galakkan kepada pelajar-pelajar untuk majudalam pelajaran terutama bagi mereka yang akanmenduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR danSPM. Seramai kira-kira 1,300 pelajar telahmenyertai kem ini yang diadakan serentak diempat zon – Utara, Selatan, Timur dan Tengah.Program ini dikendalikan dengan kerjasamasepenuhnya dari pengurusan TNB tempatan.Program ini telah dijalankan sejak tahun 2001dengan peruntukan tahunan sebanyakRM500,000.00.Program Jelajah BestariSeramai 40 pelajar cemerlang dari golongankurang berkemampuan dan anak-anak yatim darisekolah-sekolah terpilih telah berpeluang melawatStesen Janaelektrik Sultan Mahmud di Kenyir,Terengganu. Sempena lawatan tersebut, merekadiberi pendedahan kepada alam semula jadi diTasik Kenyir dan diberi rangsangan untukmencapai kecemerlangan melalui ceramahceramahmotivasi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!