11.07.2015 Views

Download - Tenaga Nasional Berhad

Download - Tenaga Nasional Berhad

Download - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tenaga Nasional Berhad 52 Laporan Tahunan 2009ULASAN PRESIDEN/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (Samb.)TNB juga turut serta dalam Program PertukaranBakat Kepimpinan (Talent Exchange Programme)GLC yang pada asasnya bertujuan mempercepatkanpembangunan sekumpulan tokoh atau pemimpinperniagaan yang berkemahiran di kalanganSyarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan denganmendedahkan calon-calon berpotensi tinggikepada peranan-peranan yang mencabar dalamfungsi, bisnes dan industri yang berlainan. PadaJulai 2009, Kitaran Penempatan Silang 2 dibawah Program Pertukaran Bakat Kepimpinantelah dilancarkan. Dua orang daripada caloncalonterbaik TNB telah ditempatkan di KhazanahNasional Berhad untuk tempoh selama setahunsementara TNB telah menerima dua calon,masing-masing daripada UEM dan CELCOM.Pada tahun ini, Fasa 3 Projek Sistem PengurusanSumber Manusia Kumpulan telah dilaksanakansementara sistem Perkhidmatan Layan Diri WargaKerja melalui laman web telah diperkenalkanuntuk membolehkan warga kerja menjalankankerja-kerja pentadbiran dengan lebih cekap tanpamengira tempat dan masa.Sebagai bukti pencapaian Syarikat dalampembangunan kapasiti, TNB telah dipilih sebagaiantara tiga pemenang akhir bagi KategoriPekerjaan (Employment) di ASEAN BusinessAwards 2008 anjuran ASEAN Business Council.TNB juga telah merangkul Anugerah Perak bagiKategori Kecemerlangan Sumber Manusia dimajlis Anugerah Sumber Manusia Malaysia2008/2009 yang dianjurkan oleh InstitutPengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM).ISU OSH DIUTAMAKANKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)adalah amat penting di TNB. Komitmen kamiterhadap keselamatan dan kesihatan warga kerjadizahirkan menerusi sistem pengurusan OSHyang dibentuk dan dinamakan Sistem PengurusanKecemerlangan Keselamatan (SEMS). SEMS TNBadalah tertakluk kepada semakan tahunan bagimemastikan kemajuannya adalah selaras denganamalan-amalan terbaik OSH serta keperluankeperluanOHSAS 18001: 2007 dan MS 1722.Sehingga kini, semua stesen janaelektrik TNBtelah mendapat pensijilan 5-Bintang di bawahsistem audit SEMS dan telah mematuhi piawaipiawaiindustri yang ketat.TNB terus menjalinkan hubungan erat denganpihak kawal selia, iaitu Jabatan Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan, Suruhanjaya Tenaga,Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain-lainagensi Kerajaan yang sentiasa memberi sokongankepada kami berkaitan isu OSH. Pegawai-pegawaiKeselamatan dan Kesihatan yang bertauliah telahdilantik bagi memastikan OSH ditangani denganberhemat. Mereka pula disokong oleh PemeriksaKeselamatan Tahap 2 dan Wakil KeselamatanTahap 3 yang juga memantau serta melaporkanprestasi OSH kepada pihak Pengurusan.TNB telah merumus rangka kerja gerak balasdarurat dengan kerjasama Jabatan PengurusanRisiko Kumpulan sementara Pelan Gerak BalasDarurat juga disediakan untuk menangani keadaandarurat di bahagian-bahagian teras Kumpulaniaitu Penjanaan, Penghantaran dan Pembahagian.Latihan gerak balas darurat diadakan setiap tahunmelibatkan warga kerja yang berkaitan, sementarapasukan pengurusan krisis yang diketuai olehpengurusan kanan pula sentiasa bersedia untukbertindak dengan serta merta.Semua warga kerja TNB wajib menjalani latihanOSH sekurang-kurangnya satu hari sementarapengamal-pengamal OSH pula perlu berkongsipengetahuan OSH dengan warga kerja lain.Untuk tujuan ini, program taklimat, seminar,persidangan, simposium dan bengkel dijalankansecara berterusan untuk warga kerja di semuaperingkat. Paspot Keselamatan NIOSH-TNB yangdibentuk dengan kerjasama Institut Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) pulamemastikan kontraktor-kontraktor TNB sedarakan keperluan asas keselamatan pekerjaan.Sejumlah 14,000 kontraktor telah menjalanilatihan untuk memperolehi pasport keselamatan.Kursus pemanduan berhemah juga diadakan,khususnya untuk pemandu-pemandu korporatbagi memastikan mereka memandu denganselamat di jalan raya.TNB juga memperuntukkan perbelanjaan untukmendidik orang ramai mengenai keselamatanelektrik menerusi program kesedaran denganmensasarkan sekolah, pertubuhan bukan-Kerajaan, industri dan pelbagai persatuan.Kempen keselamatan juga dijalankan untukmemastikan penyebaran maklumat secaramaksimum.MEMPERLUASKAN JEJAK PERNIAGAANSebagai sebahagian daripada Pelan Strategik 20Tahun TNB dan sebagai persediaan bagi fasakedua pengembangan jejak TNB ke luar negaramenjelang 2015, Kumpulan terus mencari peluangperniagaan baru di dalam dan luar negara.Memandangkan peluang-peluang pertumbuhanperniagaan di Malaysia adalah terhad, TNBsedang giat menerokai peluang-peluangperkongsian dan kerjasama dengan rakan niagaperkhidmatan utiliti antarabangsa di rantau ini.Dengan mempelbagaikan punca-punca pendapatankami di luar negara menerusi peluang-peluangaset dan perkhidmatan, Kumpulan akan berupayamengagih risiko perniagaan dan mencipta sumberpendapatan baru. Dalam hal ini, Kumpulan lebihcenderung untuk melaksanakan strategi yangboleh menyumbang kepada penambahan nilai bagikompetensi teras TNB daripada bertindak sebagaipelabur ekuiti. Walau apa pun, TNB akan tetapberhati-hati di dalam pemilihan dan penilaianprojek-projek yang ingin diceburi, memandangkanekonomi semasa yang begitu mencabar.Pada tahun yang dikaji, semua projek luar negaraKumpulan telah menunjukkan kemajuan. Di ArabSaudi, pelaburan Kumpulan dalam KonsortiumSaudi-Malaysia Water and Electric CompanyLimited untuk Projek Tenaga dan Air BebasShuaibah III (Shuaibah III IWPP) terus berjalanlancar dengan unit-unit 1, 2 dan 3 berjayamemulakan operasi komersial dan menepati tarikhmengikut Perjanjian Pembelian Tenaga dan Airiaitu pada 25 Julai 2009. Projek PenambahanKapasiti Shuaibah yang melibatkan pembesaranloji penyahmasinan Shuaibah III IWPP sebanyak150,000 meter padu sehari sedang berjalan lancar,di mana aktiviti ujian dan pemulatugasan lojidijangka siap pada pertengahan November 2009.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!