11.07.2015 Views

Download - Tenaga Nasional Berhad

Download - Tenaga Nasional Berhad

Download - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

<strong>Tenaga</strong> <strong>Nasional</strong> <strong>Berhad</strong> 186 Laporan Tahunan 2009Perkhidmatan-Perkhidmatan Lain –Pengurusan Produktiviti dan Kualiti (PQM)Jabatan Pengurusan Produktiviti dan Kualiti(PQM) bertanggungjawab terhadap usahamembawa TNB ke arah kecemerlangan menerusiinisiatif-inisiatif kualiti serta usaha-usahatransformasi lain. PQM dibahagikan kepada duaunit utama iaitu: Unit Pengurusan Transformasi(TMU) dan Unit Pengurusan Kualiti (QMU).Dalam Program Strategik SE10/10, PQMmemainkan peranan sebagai pemudahcara danjuga bertanggungjawab dalam memantaupelaksanaan dua puluh-dua Inisiatif Utama olehBahagian-bahagian yang terlibat. Kesemuainisiatif tersebut dipantau dengan menggunakan“Initiative Tracking System” (ITS). Pihakpengurusan juga mengadakan satu sesi tahunanuntuk mengkaji semula Program StrategikSE10/10. Sesi terkini telah diadakan pada bulanOktober 2009.PQM juga diamanahkan untuk mengkordinasibeberapa program Pengurusan Kualiti seluruhSyarikat. Ini termasuklah Anugerah KualitiPresiden (AKP), program penyertaan pengurusanseperti ICC, 5S dan QCFT serta beberapa inisiatifkualiti yang lain.PQM adalah juga urusetia kitaran penilaiansetiap dua tahun sekali bagi AKP. Untuk tujuanini, PQM dibantu oleh panel penilai yang terpilihdan terlatih khusus untuk tujuan menilai 62 UnitBisnes (UB) di TNB. PQM juga membantu UByang memerlukan penambahbaikan prestasikualiti yang tinggi dengan mengendalikan latihanserta perundingan yang sesuai.Pencapaian usaha-usaha ini boleh dilihat darisegi pemarkahan AKP beberapa Bahagian TNByang telah meningkat secara mendadak.Sebilangan besar Unit Bisnes telah mencecahatau melebihi pemarkahan 800, iaitu ambangKecemerlangan Kualiti.Sudah bertahun-tahun lamanya TNB berjayamempertahankan imej cemerlangnya dalamprogram “Innovation and Creative Circle” (ICC) dimana beberapa pasukan TNB telah menerimaanugerah-anugerah berprestij di peringkatkebangsaan dan antarabangsa. PQM juga dapatmembantu dan menyokong program ICC inidengan memberi latihan dan perkhidmatansebagai pemudahcara bagi beberapa UB. Padamasa ini, terdapat sebanyak 680 pasukan ICCmelibatkan seramai 5,400 warga kerja yangsedang giat dalam program ICC ini.Piawaian dan Penambahbaikan Proses (PSI)adalah tonggak penting bagi TNB kerana inisiatifini akan menerajui organsasi TNB ke arahKecemerlang Bisnes. Pada masa ini, keseluruhanSyarikat telah mendapat pensijilan ISO 9001.Korporat TNB juga telah berjaya mendapatkanpensijilan semula ISO 9001:2008 pada Mac2009.Pada masa ini, PQM sedang giat menerajuiprogram 5S bagi seluruh TNB. Tujuan utamaprogram ini adalah supaya semua Unit Bisnesmendapat pensijilan 5S menjelang 2010.Selain dari inisiatif-inisiatif tersebut, PQM jugadipertanggungjawabkan untuk melaksanakan“Special Change Projects” atas arahan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurusan TNB.Sesungguhnya PQM juga baru-baru inidimandatkan untuk “mengeksport” kemahiranperkhidmatan perundingan di luar TNB.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!