11.07.2015 Views

Download - Tenaga Nasional Berhad

Download - Tenaga Nasional Berhad

Download - Tenaga Nasional Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Tenaga Nasional Berhad 45 Laporan Tahunan 2009Pemegang Saham yang dihormati,Tahun ini TNB menyambut ulang tahunnya yang ke-60. Ianya merupakan satu peristiwa pentingdalam perjuangan Syarikat “Menerangi Hidup” rakyat. Perjalanan TNB yang begitu jauh bermulapada tahun 1949 dengan penubuhan Lembaga Letrik Pusat (Central Electricity Board atau CEB) ketikaMalaya masih di bawah penjajahan, dan kemudiannya dengan pembentukan Lembaga Letrik Negara(LLN) pada tahun 1965 yang diterajui oleh rakyat Malaysia sendiri. Setelah diperbadankan pada tahun1990, LLN muncul dengan nama barunya, Tenaga Nasional Berhad.Kini, setelah enam puluh tahun kewujudannya,TNB muncul sebagai sebuah syarikat cip biru danpembekal elektrik bersepadu yang memiliki asetbernilai kira-kira RM71.4 bilion dan bertanggungjawabmemenuhi keperluan tenaga kepadahampir 7.6 juta pelanggan. Syarikat juga diiktirafsebagai antara peneraju utama industri tenagaserantau dan disenaraikan sebagai antara syarikattenaga terunggul di dunia. Syarikat inginmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepadawarga kerja dulu dan sekarang di semua peringkatyang telah berusaha dengan gigih selama enampuluh tahun lamanya, serta meletakkan TNBpada kedudukannya sekarang. Di samping terusmemainkan peranan penting sebagai penggerakkemajuan negara, TNB tetap komited untukmenghasilkan prestasi perniagaan yang cemerlangselain menunaikan tanggungjawab sosio-ekonomiSyarikat. Kami bertekad untuk terus “menggerakkankemajuan negara” dan “menerangi hidup rakyat”.MAKLUMAT PENTING KEWANGANTempoh 12 bulan berakhir 31 Ogos 2009 adalahyang paling mencabar bagi TNB. Kami terpaksamenangani gandingan pelbagai isu yang terdiridaripada pertumbuhan permintaan elektrik yangnegatif, harga purata arang batu yang lebihtinggi, pembayaran kapasiti tambahan kepadaPenjana Bebas (IPP) yang baru dimulatugaskan,dan kesan pendedahan tukaran asing.Kumpulan melaporkan peningkatan jumlah hasilpendapatan sebanyak 16.3% dalam TahunKewangan 2009 (TK2009), daripada RM24,755.3juta pada tahun sebelumnya kepada RM28,785.6juta yang didorong terutamanya oleh duapelarasan tarif yang masing-masing berkuatkuasapada 1 Julai 2008 dan 1 Mac 2009. Walaupunpelarasan terakhir pada bulan Mac 2009membolehkan TNB menampung kos purata arangbatu sebanyak AS85 per tan metrik pada TK2009,namun harga purata sebenar arang batu yangdigunakan pada tahun ini adalah sebanyakAS90.2 per tan metrik. Ini bermakna TNB terpaksamenanggung kos tambahan sebanyak AS5.2 pertan metrik. Kesan harga arang batu yang lebihtinggi melebihi AS85 per tan metrik telahmenyebabkan margin EBITDA TNB menurundaripada 29.9% pada TK2008 kepada 25.2%pada TK2009.Justeru itu, Kumpulan mencatatkan penurunankeuntungan bersih sebelum kerugian tukaranasing sebanyak 17.5%, daripada RM2,540.8 jutapada TK2008 kepada RM2,095.7 juta padaTK2009, disebabkan terutamanya oleh hargapurata arang batu yang lebih tinggi ditanggungoleh Syarikat (harga terus meningkat sehinggaparas tertinggi AS113.9 per tan metrik pada sukupertama tahun kewangan berbanding hargapurata sebanyak AS76.4 per tan metrik padaTK2008). Tambahan lagi, setelah stesenjanaelektrik arang batu Jimah dimulatugaskan,pembayaran kapasiti kepada IPP baru ini telahmembebankan lagi kos operasi TNB.Dalam tempoh sembilan bulan pertama TK2009,pertumbuhan permintaan elektrik di SemenanjungMalaysia menurun sebanyak 3.7%, terutamanyadalam sektor industri. Walau bagaimanapun,terdapat peningkatan yang berterusan bagipermintaan bulanan bermula bulan Mac 2009,terutama pada suku keempat TK2009. Berikutanpertumbuhan permintaan yang positif pada SukuKeempat TK2009, pertumbuhan permintaanelektrik bagi keseluruhan TK2009 mencatatkanpenguncupan sebanyak 2.6% daripada tahunsebelumnya. Sukacita kami melaporkan bahawaTNB telah mencatatkan paras permintaantertinggi yang baru iaitu sebanyak 14,245 MWpada 12 Ogos 2009.Tahun ini juga menyaksikan matawang RinggitMalaysia menjadi lemah berbanding Dolar ASdan Yen Jepun. Meski pun matawang Ringgitmenunjukkan tanda-tanda kembali pulih padaSuku Ketiga TK2009, namun Yen Jepun semakinkukuh berbanding Dolar AS dan matawang utamalain pada Suku Keempat TK2009. Secarakeseluruhannya, Kumpulan melaporkan kerugiantukaran asing sebanyak RM1,177.8 juta, 74.2%daripadanya disebabkan oleh pendedahan kepadapinjaman Yen Jepun yang mengenakan kadarfaedah yang rendah serta tempoh pembayaranbalik terlunas yang panjang, di mana ada yangsehingga tempoh 30 tahun. Untuk menguruskanpendedahan kepada tukaran asing sepanjangtahun ini, Syarikat telah mengambil kesempatanmembeli balik sebahagian daripada bon DolarAS. Langkah ini berjaya mengurangkanpendedahan kita kepada Dolar AS daripada27.8% kepada 24.3% serta mengurangkan kospurata hutang berwajaran daripada 5.44% kepada5.16%.MEMPERTINGKATKAN KECEKAPANOPERASISelaras dengan matlamat TNB untuk mencapaiKecemerlangan Perkhidmatan menjelang 2010,bahagian-bahagian serta unit-unit perniagaanKumpulan terus mencapai kemajuan yangcemerlang pada TK2009, melangkaui sasaranPetunjuk Prestasi Utama (KPI) serta menghasilkanpeningkatan ketara dalam kecekapan operasi.Pada TK2009, Kumpulan mencapai Faktor HentiTugas Tidak Terancang Setara (EUOF) pada kadar2.90% yang berjaya melepasi tanda aras industriyang ditetapkan pada kadar 4% buat empattahun berturut-turut. Kami juga mencatatkanMinit Sistem Penghantaran yang terendah pada1.02 minit berbanding dengan sasaran KPI iaitu7.5 minit. Ini bermakna Kumpulan berjayamengekalkan pencapaian angka tunggal minitsistem bagi empat tahun berturut-turut. Kemajuanketara turut dicapai bagi Indeks Tempoh MasaPurata Gangguan Sistem (SAIDI) yang mencatatkan69 minit bagi setiap pelanggan berbandingsasaran KPI, iaitu 75 minit setiap pelanggan. Inibermakna SAIDI TNB adalah menyamai negaranegaraG8.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!