04.05.2017 Views

E-BOOK

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

POSTER INOVASI 2017

SISTEM BORANG PENILAIAN PELAJAR SECARA ATAS TALIAN

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Zuraidah Binti Mohd Ramly 1 , Irma Binti Maaman 2 , Asniza Binti Abu Bakar 3

Jabatan Matematik Sains Dan Komputer,

Politeknik Ibrahim Sultan,

Km10 Jalan Kong Kong,

81700 Pasir Gudang, Johor

cikwa78@yahoo.com , eima_ima@yahoo.com , asniza.pis@gmail.com

Pendahuluan

Penilaian pensyarah oleh pelajar adalah merupakan satu proses yang dilaksanakan pada setiap

semester bagi setiap pensyarah untuk melihat keberkesanan pengajaran sekaligus memenuhi

prosedur kualiti yang telah ditetapkan. Penilaian ini dilakukan dengan mengedarkan borang

penilaian kepada pelajar seramai 20 orang bagi setiap kelas yang terlibat. Setelah itu, pengiraan

secara manual perlu dilakukan oleh ketua program untuk melihat peratusan markah yang

diperolehi oleh setiap pensyarah. Kaedah konvensional ini bukan sahaja melibatkan

penggunaan kertas yang banyak setiap tahun bagi mencetak borang-borang penilaian tetapi juga

sekaligus melibatkan pembaziran dari masa dan tenaga. Bagi mengatasi masalah ini,

penggantian penggunaan borang penilaian secara manual kepada borang penilaian secara online

dilihat merupakan salah satu kaedah yang sesuai diaplikasikan. Kaedah ini juga dapat

mengoptimumkan penggunaan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi pada masa

kini di mana smartphone telah menjadi satu keperluan dan penilaian boleh dilaksanakan dengan

lebih fleksibel.

Produk

Borang penilaian pensyarah oleh pelajar secara online yang dihasilkan adalah bertujuan:

i. Menggantikan borang penilaian pensyarah oleh pelajar secara manual kepada

secara online.

ii. Meminimumkan penggunaan kertas bagi mencetak borang penilaian setiap

semester.

iii. Menjimatkan masa pengiraan markah oleh ketua kursus ataupun ketua program.

iv. Menghasilkan laporan analisis item bagi setiap pensyarah yang dinilai dengan

lebih cepat selepas penilaian dibuat.

Kesan Inovasi

Penghasilan borang penilaian pensyarah oleh pelajar secara online dapat memberikan impak

yang positif kepada organisasi kerana:

i. Megurangkan penggunaan kertas.

ii. Penilaian dapatan dilakukan dengan lebih efisyen.

iii. Keputusan daripada penilaian dapat dianalisa dengan lebih cepat dan boleh

dimuaturun dalam format excel.

iv. Data boleh disimpan lama dan mudah untuk dicapai tanpa memerlukan ruang

khas.

v. Penilaian dapat dilakukan dengan lebih fleksibel.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!