04.05.2017 Views

E-BOOK

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

POSTER INOVASI 2017

E-learning BA601 (Engineering Mathematics 5) Bagi Tajuk Advance

Integration: Integration by Substitution Method

Normazita Binti Mat Ali, Noorafidah Ithnin, Julaila Sapari

Politeknik Ibrahim Sultan, normazita@gmail.com

Politeknik Ibrahim Sultan, rafidahpjb@gmail.com

Politeknik Ibrahim Sultan, julailasapari@gmail.com

1.0 PENDAHULUAN :

Gelombang teknologi memang cepat berkembang pada zaman ini. Kebanyakan

penyelesaian sesuatu perkara adalah dengan menggunakan teknologi maklumat. Begitu juga

dalam bidang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer dan

internet bukanlah sesuatu perkara yang ganjil lagi. Perubahan ini juga membuahkan suatu

kebaikan apabila kaedah pembelajaran tradisional tidak lagi digunakan. Satu pembelajaran

aktif berlaku apabila ianya melibatkan usaha pelajar itu sendiri. Ini bermakna pembelajaran

berpusatkan pelajar telah berlaku.

E-learning kursus BA601 Engineering Mathematics 5 merupakan bahan pengajaran

dan pembelajaran (P&P) yang dibangunkan untuk pensyarah yang mengajar kursus BA601

bagi tajuk Advance Integration dengan menggunakan kaedah Integration by Substitution

Method. Bahan e-learning ini mengandungi nota, contoh pengiraan,latihan dan quiz yang

digabungkan dengan menggunakan software Ispring . Inovasi ini dibuat bertujuan untuk

membantu pelajar mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah Advance

Integration dengan menggunakan kaedah substitution method. E-learning ini dapat digunakan

pelajar semasa berada di luar bilik kuliah, ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk

pembelajaran secara kendiri secara interaktif.

Secara rasionalnya, produk inovasi ini dibangunkan, bagi meningkatkan minat terhadap

Matematik melalui kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang intekratif.

Berbanding dengan cara konvensional, pelajar hanya mempelajari matematik dengan merujuk

kepada buku sahaja. Dengan menggunakan bahan e-learning ini pelajar dapat mengulangkaji

pelajaran secara kendiri kerana terdapat langkah-langkah penyelesaiaan masalah dilakukan

secara berperingkat dan diterangkan secara audio. Oleh itu, pelajar akan faham dan yakin untuk

menyelesaiankan masalah matematik tanpa bantuan pensyarah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!