04.05.2017 Views

E-BOOK

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

POSTER INOVASI 2017

Namun begitu, kepelbagaian fungsi kit ini bergantung kepada kreativiti pensyarah untuk

menarik minat dan membantu pelajar dalam memahami isi pengajaran dalam bentuk yang lebih

mudah.

2.0 Deskripsi Produk Inovasi

Kit Comp adalah cetusan idea mengambil inspirasi dari pengalaman pensyarah semasa

proses pengajaran dan pembelajaran Basic Surveying Computations (DCG1012). Bermula

daripada idea ini, perbincangan yang menyeluruh dijalankan dan akhirnya Kit Comp akan

dihasilkan sebagai inovasi bahan bantu mengajar bagi kursus Basic Surveying Computations

yang memberi tumpuan bagi Topik Bering dan Sudut, Trigonometri, Trabas dan Koordinat.

Dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Basic Surveying Computations (DCG1012)

yang merangkumi Topik Bering dan Sudut, Trigonometri, Trabas dan Koordinat memerlukan

pelajar untuk memahami konsep asas bering dan sudut sebelum dapat membuat penukaran bering

daripada bering bulatan penuh kepada bering sukuan atau sebaliknya. Pelajar juga perlu tahu

bagaimana untuk menghitung sudut daripada nilai bering yang diberikan atau sebaliknya. Selain

itu, bagi menggunakan rumus-rumus tertentu, pelajar perlu merujuk kepada buku atau lampiran

rumus setiap kali membuat soalan latihan.

Kegagalan untuk memahami konsep asas bering dan sudut akan menyebabkan pelajar

akan gagal untuk menjawab dengan betul soalan latihan yang diberikan. Meskipun merujuk

kepada buku nota dan bantuan kalkulator, pelajar tidak berupaya untuk menyelesaikan soalan

berkaitan dengan tepat dalam masa yang singkat kerana tidak dapat memahami dengan jelas

konsep bering dan sudut. Oleh yang demikian, pensyarah akan menghadapi masalah untuk

meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rumus-rumus yang perlu dicari satu demi satu

dalam buku nota setiap kali membuat latihan akan menyebabkan pelajar cepat merasa bosan dan

tidak berminat menyiapkan latihan mereka.

Walau bagaimanapun, guru atau pensyarah tetap perlu merancang, membina, mengurus

dan menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menyokong kualiti pembelajaran pelajar

(Saedah, 2012). Justeru itu, satu anjakan perlu dibuat dalam menarik minat pelajar dalam kursus

Basic Surveying Computations di mana satu reka bentuk bahan bantu mengajar yang boleh

digunakan untuk memudahkan pelajar memahami konsep asas bering dan sudut di samping

sebagai tempat rujukan pelbagai rumus yang berkaitan dengan kursus ini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!