04.05.2017 Views

E-BOOK

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

POSTER INOVASI 2017

SMART FRUIT CUTTER

Zuraini Binti Mohd Safuan [1] , Muhammad Nur Luqman Bin Amran [2]

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan,

Km 20, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor

zura.safuan@gmail.com, luqmanlaloq@gmail.com

ABSTRAK

Alat memotong ranting buah konvensional memerlukan tenaga yang banyak untuk mengait

buah dan selalunya buah akan rosak akibat terjatuh ke tanah tanpa jaring yang

mengumpulkannya. Smart Fruit Cutter merupakan sejenis mesin yang direka khas untuk

memudahkan kerja-kerja mengait buah-buahan bergugus dan bertangkai terutama sekali buah

mangga dan jambu pada ketinggian yang tinggi. Inovasi ini dilengkapi dengan jaring dimana ia

dapat mengumpul buah yang telah dikait supaya tidak terjatuh ke tanah. Inovasi ini mampu

mencapai ketinggian dahan yang tinggi kerana rod galah mampu dilaraskan sehingga3 meter.

Rod ini juga boleh dilaraskan kepada ketinggian tertentu secara kawalan motor automatik

dengan menekan suis pada panel pengawal. Inovasi ini juga dilengkapi dengan motor pemotong

tangkai buah. Ia mampu untuk memotong dahan beranggaran 25mm diameter dengan mudah.

Impak inovasi ini ialah ia sesuai digunakan oleh semua lapis masyarakat dengan mudah kerana

ia tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengait buah-buahan yang berada pada

berkedudukan tinggi serta dapat menjimatkan masa dalam proses pemotongan dan

pengumpulan buah-buahan malah mengelakkan ia dari rosak akibat terjatuh ke tanah.

KATA KUNCI: Pemotong buah, buah-buahan bergugus, motor pemotong

1. PENDAHULUAN

Kerja mengait buah-buahan bergugus seperti rambutan, jambu air memerlukan pisau pemotong

khas serta galah yang panjang kerana biasanya buah-buahan jenis ini berada pada ketinggian 2

hingga 3 meter. Selain dari itu buah-buahan yang telah dipotong dahannya akan rosak kerana

jatuh ke tanah disebabkan tiada jaring untuk menahan buah-buahan ini dari jatuh. Selain dari

itu, beban galah yang berat menyukarkan kerja-kerja mengait buah-buahan ini. Disebabkan oleh

masalah ini, Smart Fruit Cutter telah direka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Inovasi ini

praktikal digunakan oleh semua golongan usia kerana ia mesra pengguna serta komposisinya

yang ringan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!