04.05.2017 Views

E-BOOK

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

POSTER INOVASI 2017

2008). Latihan adalah ujikaji kerja praktikal (Grimheden & Tӧrngren, 2005). Pelajar

perlu belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang mana ia adalah

kemahiran penting dalam kejuruteraan.

Seterusnya terdapat dua kaedah pengajaran kerja praktikal iaitu pengetahuan

asas dan pembangunan perkakasan serta rekabentuk sistem. Ujikaji pengetahuan

asas dan pembangunan perkakasan ialah pelajar tahu kaedah rekabentuk sistem,

tahu jenis pemproses terbenam, tahu sistem operasi masa nyata, menguasai

perkakas pembangunan, tahu kaedah membetulkan kesilapan serta tahu rekabentuk

perkakasan dan perisian (Tabal, 2015). Manakala ujikaji rekabentuk sistem ialah

pelajar dapat merekabentuk sistem terbenam yang mempunyai aplikasi sistem

terbenam (Ping, 2008). Ini jelas menunjukkan proses pembelajaran telah

dikonsepkan. Setiap minggu, kuliah teori dilengkapkan dengan kerja praktikal yang

saling berkait (Smith et al., 2004).

Kerja praktikal berasaskan projek lebih menarik daripada kerja praktikal

traditional (Huang et al., 2010). Pembelajaran bagaimana untuk bekerja dengan

cekap, ahli kumpulan perlu berusaha keras dan kerja praktikal pengaturcaraan robot

mudah alih menyediakan peluang kerjasama ahli kumpulan (Lalonde et al., 2006).

Dalam program teknologi kejuruteraan, hubungan antara konsep kursus dan aplikasi

dunia nyata amat penting (Alba-Flores, 2007).

2. Deskripsi Produk Inovasi

2.1 Merekabentuk Kit Pengajaran

Kit pengajaran yang dibangunkan melibatkan gabungan beberapa perkakasan seperti

PIC18F458, pengaturcara USB, komponen elektronik dan robot mudah alih. Manakala

perisian MPLAB IDE dan Proteus perlu dipasang ke dalam sistem komputer. Jadual 1

menunjukkan senarai perkakasan dan perisian yang telah digunakan dalam

rekabentuk projek. Gabungan beberapa perkakasan ini menjadikan kit pengajaran ini

boleh diprogramkan untuk pelbagai aplikasi sistem terbenam. Antaramukanya mesra

pengguna memudahkan pengguna untuk merekabentuk sistem terbenam mengikut

keperluan dan kehendak tersendiri.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!