04.05.2017 Views

E-BOOK

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

POSTER INOVASI 2017

berasaskan PIC16F/PIC18F dan menunjukkan kemahiran mengetuai kumpulan

untuk menyelesaikan projek dan kerja praktikal dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan. Ianya merupakan kemahiran hands-on yang perlu dikuasai dalam aplikasi

sistem terbenam.

Berdasarkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang telah dirancang,

kajian ini berjaya menghasilkan satu kit pengajaran berserta siri kerja praktikal yang

dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan pengguna dalam aplikasi sistem

terbenam. Ini kerana kit pengajaran dan siri kerja praktikal yang direkabentuk adalah

memenuhi kemahiran asas bagi aplikasi sistem terbenam iaitu merekabentuk sistem

terbenam, pembangunan perkakasan, aplikasi perisian, pengaturcaraan C dan

pemerhatian keputusan. Perancangan kajian yang baik dapat memberikan

pengalaman pembelajaran yang berguna. Pengalaman pembelajaran diperolehi

sepanjang sesi pembelajaran di makmal atau bilik kuliah.

Kesimpulan daripada keseluruhan skor min yang dikategorikan dalam menilai

tahap keyakinan dan kefahaman dalam aplikasi sistem terbenam berkenaan, didapati

tahap penilaian berada pada tahap yang tinggi. Penyelidik telah berjaya membuktikan

siri kerja praktikal dan kit pengajaran ini berjaya dibangunkan dan digunakan sebagai

salah satu alat bantuan mengajar di dalam kursus-kursus berkaitan untuk

memberikan pengalaman dan impak yang positif kepada pelajar dan pensyarah

dalam aplikasi sistem terbenam.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!