04.05.2017 Views

E-BOOK

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

POSTER INOVASI 2017

DEC5052 EMBEDDED SYSTEM APPLICATIONS TEACHING KIT

Tuan Rozilaazawani binti Tuan Mat 1 , Zubydah binti Mustafa 1 , Nor Haniza binti Junid 1

1 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan, 81700 Johor, Malaysia

1. Pendahuluan

Persekitaran pembangunan Microchip C18 menyediakan satu platform

pengaturcaraan C dan menukar ke bahasa mesin (Huang, Su, Lee & Chuang, 2010).

Pelajar diberi ruang sendiri untuk membina aturcara C berdasarkan kit perkakasan

yang digunakan. Kit perkakasan dibina sebagai alat bantu mengajar dalam kerja

praktikal kemahiran kejuruteraan yang mana tidak mampu meliputi inovasi,

rekabentuk, intergrasi pengetahuan dan masalah nyata kepada sistem nyata (Smith

et al., 2004). Pembelajaran pelajar kejuruteraan dalam amalan terbaik adalah

pembangunan sistem terbenam dan masa nyata (Tabal, 2015).

Kursus sistem terbenam berasaskan aplikasi dan pembelajaran sistem

terbenam bukan sahaja membantu pelajar menguasai metodologi rekabentuk sistem

tetapi dapat meningkatkan kebolehan pelajar menguasai serta menggunakan

pengetahuan korelatif (Ping, 2008). Bagi pengajaran sistem terbenam, kerja praktikal

amat penting. Ia adalah kunci kepada pelajar untuk menguasai tenik rekabentuk

sistem terbenam. Bagi membangunkan kemahiran pelajar dalam merekabentuk dan

mengaturcara, pelaksanaan projek berasaskan mikropengawal boleh digunakan

apabila pengetahuan bekerja memadai dalam projek sistem yang lebih kompleks

(Kramer & Anderson, 2011).

Kumpulan pelajar juga diberikan objektif komunikasi dan teknikal setiap minggu

untuk membantu mereka dalam tadbir urus dalam setiap penugasan yang diberikan

(Kramer & Anderson, 2011). Platfom kerja praktikal juga memberi peluang kepada

pelajar untuk membuat pemerhatian terhadap hubungan dan kebergantungan

pelbagai perkakasan. Dalam suasana pembelajaran aktif, pelajar dapat membuat

pemerhatian bagaimana perkakasan dan sistem terbenam direka untuk

menyelesaikan sesuatu masalah (Smith et al., 2004). Pengisian kerja praktikal perlu

difikirkan secara sistematik agar pelajar dapat menguasai teknik asas rekabentuk

sistem terbenam, pembangunan dan mengesahkan perkakasan (Ping,

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!