04.05.2017 Views

E-BOOK

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

POSTER INOVASI 2017

2.2 Pembangunan Siri Kerja Praktikal

Dengan mengambil kira kepentingan pembelajaran aktif, maka kemahiran

menyelesaikan masalah, kerja kumpulan, minat dan seronok untuk mempelajari

sesuatu isi kandungan kerja praktikal, maka pengisian kerja praktikal yang

dibangunkan memenuhi keperluan ini. Banyak kajian mendapati kerja praktikal

memberi pengalaman pembelajaran berkesan dalam aplikasi sistem terbenam.

Pembangunan siri kerja praktikal aplikasi sistem terbenam melibatkan kerjakerja

memperinci siri kerja praktikal dengan objektif pembelajaran teknikal yang selari

dengan keperluan kemahiran hands-on aplikasi sistem terbenam. Jadual 4

memaparkan perincian siri kerja praktikal yang telah dibangunkan dan dinamakan

sebagai Kerja Praktikal A, B, C, D, E dan F. Dengan kaedah 5W1H (What, When,

Where, Who, Why, How), kerja praktikal telah dirancang dengan teliti agar dapat

memberi pengalaman pembelajaran hands-on dalam aplikasi sistem terbenam

kepada para pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran pengaturcaraan dan

pengantaramuka mikropengawal. Kemahiran asas yang diperolehi adalah kemahiran

menyelesaikan masalah, kerja berkumpulan, agihan tugas, penulisan laporan,

pengaturcaraan C, pembangunan perkakasan, pemerhatian keputusan,

merekabentuk sistem terbenam dan aplikasi perisian.

Siri kerja praktikal aplikasi sistem terbenam mendorong pelajar menunjukkan

hasil kerja semasa demonstrasi dan menghantar jawapan kepada soalan yang telah

diberikan dalam setiap siri kerja praktikal. Kerja Praktikal D dan F mempunyai objektif

teknikal berkaitan dengan pengaturcaraan dan pengantaramuka paparan iaitu 7-

segment dan LCD. Setiap kumpulan pelajar perlu menulis laporan makmal setelah

selesai melaksanakan kerja praktikal. Terdapat penilaian tambahan terhadap

kemahiran komunikasi teknikal yang dinilai menggunakan rubrik. Elemen penulisan

dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran penulisan laporan sebagai

persediaan perancangan projek robot (Huang et al., 2010).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!