04.05.2017 Views

E-BOOK

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

POSTER INOVASI 2017

DIGITAL VIDEO : BASIC MOMENT IN PHYSICS

Noor Baiti Binti Jamaluddin, Syamimi Binti Muhamad, Mohd Halid Bin Abu

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

1.0 Pendahuluan

Pada masa kini sistem pendidikan berkembang dengan amat pesat. Ia memberikan cabaran

kepada pensyarah dalam menghasilkan kreativiti yang menarik untuk proses pembelajaran dan

pengajaran (P&P) di dalam kelas. Jika sebelum ini P&P dijalankan secara tradisional iaitu lebih kepada

komunikasi sehala. Pensyarah menyalur maklumat manakala pelajar hanya duduk, mendengar serta

mencatatkan nota sahaja. Proses P&P secara tradisional ini menyebabkan pelajar kurang berminat

terhadap pelajaran tersebut. Pelajar pada zaman ini lebih cenderung kepada P&P dengan

menggunakan kaedah teknologi multimedia kerana pelajar dapat memahami tentang kursus

matapelajaran tersebut. Teknologi pendidikan meliputi alat dan bahan media, organisasi yang

digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam

pembelajaran (Dick W. & Reiser, 1999). Menurut Feldman (1996) definisi bagi multimedia adalah

merangkumi pelbagai media seperti teks,grafik,animasi,imej,suara dan video. Oleh itu, kursus yang

dipilih adalah kursus ‘Engineering science’ bagi pelajar semester 1. Pensyarah telah memilih sub topik

dari bab 3 (Force) iaitu ‘moment’. Pensyarah memilih topik ini kerana pelajar seringkali gagal untuk

memahami serta menjawab soalan asas didalam buku. Maka, seiring dengan KPI politeknik iaitu P&P

secara ‘blended learning’ pensyarah telah membuat interaktif video tentang sub topik ‘moment’.

Video tersebut mengandungi objektif pembelajaran, penerangan asas ‘moment’ serta latihan

pengukuhan sebanyak 3 soalan. Video ini lebih menjimatkan masa pensyarah didalam kelas kerana

pelajar akan belajar melalui video tersebut sebelum masuk ke kelas. Video akan dimuatnaik di youtube

dan di CIDOS. Masa di dalam kelas lebih kepada latih tubi serta menjawab persoalan pelajar.

2.0 Deskripsi produk

Produk ini adalah video digital yang menerangkan tentang sub-topik bab 3 iaitu ‘moment’

dalam kursus DBS1012-Engineering Science. Video digital ini dirakam dengan menggunakan visualizer

dan disusun dengan menggunakan perisisan Adobe Premiere Pro CS6 bagi melakukan editing video.

Produk tersebut telah dimuatnaik di laman Youtube.

Alamat URL produk tersebut :

https://www.youtube.com/watch?v=vjO9SItfuLg

3.0 Kesan Inovasi

• Mengembangkan imaginasi pelajar dan memberikan penjelasan yang lebih realistik

mengenai tajuk pembelajaran.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!