04.05.2017 Views

E-BOOK

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

POSTER INOVASI 2017

OPEN SOURCE E-LEARNING (OSEL) FOR COMPUTER NETWORKING

FUNDAMENTAL

Norli Binti Jaswadi 1 , Noor Afzan Binti Ahmad 1 , Azrin Nur Farhana Binti Abdullah Din 1

1 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan, 81700 Johor, Malaysia

1. Pendahuluan

OSEL (Open Source E-Learning) untuk Asas Rangkaian Komputer merupakan Sumber

Terbuka E-pembelajaran yang direka untuk mengurus dan menyampaikan kursus dalam talian

dengan menggunakan perisian Prezi. Ia mempunyai ciri-ciri pengurusan kursus yang meliputi

sukatan pelajaran, tugasan, projek dan kerja-kerja praktikal. OSEL untuk Asas Rangkaian

Komputer dibangunkan bersama dengan pembelajaran teradun untuk membantu pensyarah

bagi menarik minat dan meningkatkan persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pensyarah dan pelajar boleh menggunakan kaedah e-pembelajaran ini dengan cara mengawal

saiz slaid bagi membolehkan maklumat yang dipaparkan dapat dibaca dengan jelas. Di samping

itu, OSEL bukan sahaja membantu pensyarah menyampaikan pembelajaran secara atas talian

tetapi juga menggunakan kaedah penggunaan telefon pintar. Pelajar-pelajar boleh

menggunakan sumber terbuka e-pembelajaran ini dengan membukanya melalui telefon pintar

dengan hanya mengambil masa dalam beberapa minit sahaja. OSEL tidak mempunyai had

dalam hal bilangan kursus yang boleh direka dan bilangan pengguna yang menggunakannya.

Sebagai keseluruhannya, OSEL untuk Asas Rangkaian Komputer adalah mesra pengguna

kerana ia bukan sahaja boleh digunakan secara atas talian tetapi boleh diakses menerusi tablet

dan telefon pintar. Oleh itu pelajar boleh merujuk penilaian kursus tanpa menggunakan helaian

bercetak.

2. Deskripsi Produk Inovasi

Open Source E-Learning (OSEL) For Computer Networking Fundamental merupakan

pembelajaran terbuka secara talian menggunakan sumber terbuka (open source) bagi

mengakses nota-nota, prosedur kerja amali dan projek bagi kursus Computer Networking

Fundamental dan Data Communication and Networking. Nota-nota, prosedur kerja amali dan

juga projek menggunakan konsep sumber terbuka iaitu penggunaan perisian Prezi. Penggunaan

Prezi boleh dicapai melalui telefon pintar atau tablet sebagai media penterjemahan. OSEL telah

mengaplikasi kaedah pembelajaran terbuka elektronik tanpa perlu menggunakan bahan

bercetak. Pembelajaran secara talian lebih tertumpu kepada nota yang mudah dan ringkas.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!