11.07.2015 Views

to continue.... - Khadijah Mosque

to continue.... - Khadijah Mosque

to continue.... - Khadijah Mosque

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...303Allah itu hidup padahal semua Mukmin menyedari danmengetahui bahawa semua manusia akan dihidupkan pada harikiamat. Adalah aneh bila mereka tidak boleh menerima bahawapara syuhada’ itu hidup sekarang ini.Firman Allah yang bermaksud: ‘...dan mereka bergirang hatiterhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belummenyusul mereka…’Maksudnya adalah orang-orang yang belum mati.Dan erti : ‘Mereka memberi khabar gembira tentang keadaanyang mereka lihat kepada Mukminin yang belum mati’ adalahbahawa mereka akan dibangkitkan dalam keadaan aman padahari kiamat. Allah telah memberi khabar gembira itu, sehinggamereka berharap orang-orang mahu mengikuti jejak mereka.Penggelaran mereka sebagai syuhada’ serta harapanmereka tentang orang-orang yang ada di belakang merekadiharapkan menjadi pendorong bagi orang-orang yang masihhidup agar mahu berjihad dengan kesungguhan hati dankemahuan serta keinginan untuk mencapai kehidupan syuhada’,yang sentiasa hidup di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala.Allah sendiri mengulang-ulang berita gembira ini bagimereka dan menjelaskan bahawa berita gembira tersebut tidakmengandung ketakutan dan kesedihan, melainkan mengandungkenikmatan yang besar yang tidak boleh disamai atau dinilaiganjarannya, iaitu pahala amalan mereka.Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang bermaksud:‘Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugurdijalan Allah itu mati….’, orang-orang yang memerhatikanfirman tersebut mengatakan bahawa kata musta’naf ditarikuntuk menjelaskan bahawa keadaan terbunuh yang ditakuti dandielakkan oleh manusia itu sesungguhnya tidak perludikhuatirkan. Justeru, mereka seharusnya mencari danmemintanya, bahkan bersaing merebutnya. Dijelaskan pulabahawa mengelakkan diri atau terlalu khuatir tentang haltersebut sama sekali tidak ada manfaatnya. Sebab jangandianggap bahawa mereka itu mati, kemudian ruhnya lenyapbegitu saja. Mereka itu hidup di sisi Tuhannya, lebih hidup dariKandungan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!