30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

21

Penyata Pengerusi

Kekuatan Kumpulan terletak pada rangkaian pengedaran yang luas

dan jenama yang telah sekian lama dibina dalam pelbagai

perniagaan utama Syarikat. Sebagai pengusaha permainan

pertaruhan yang kedua terbesar di negara ini, Sports Toto Malaysia

menjadi penyumbang utama kepada pendapatan Kumpulan. Operasi

681 pusat jualan di seluruh negara menjadikannya rangkaian yang

terbesar di Malaysia. Cosway (M) Sdn Bhd berjaya menarik lebih

250,000 orang ahli di Malaysia dan 150,000 lagi di luar negara,

menjadikannya syarikat jualan langsung yang terulung di Malaysia.

Ia mempunyai 270 buah pusat stokis di seluruh negara. Kekuatan

rangkaian serta pendekatan khusus yang digunakan oleh Kumpulan

akan memastikan semua perniagaan ini akan terus berkembang maju

pada masa hadapan.

Kegawatan ekonomi tidak menjejaskan usaha Kumpulan untuk

meneruskan penyusunan semula operasinya. Operasi hotel dan pusat

peranginan Kumpulan yang diselaraskan dengan perniagaan

percutian perkongsian masa telah mula memberikan pulangan yang

menggalakkan. Lokasi strategik hotel-hotel dan pusat peranginan

Kumpulan yang diuruskan dengan baik dan gabungan dengan

rangkaian hotel terkenal Best Western International akan memastikan

kejayaan usaha Kumpulan untuk menjadi pengendali hotel yang

terunggul di rantau ini.

Kesulitan perniagaan akibat kegawatan ekonomi dijangka berterusan

pada tahun kewangan semasa. Oleh itu, langkah-langkah berjimat

cermat telah dilaksanakan dalam seluruh operasi Kumpulan untuk

mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan. Kumpulan akan

menggunakan segala kesempatan yang diperolehi untuk

menyepadukan pelbagai perniagaan bagi meningkatkan pulangan.

Berasaskan keutuhan dan kekuatan operasi pelbagai perniagaan

Kumpulan, kami yakin Kumpulan bukan sahaja akan dapat melalui

tempoh yang sukar ini, tetapi juga akan muncul dengan lebih kukuh

lagi. Kami menjangkakan akan mencatat pencapaian yang

memuaskan pada tahun kewangan 1999.

TAKZIAH

Saya dan ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain ingin mengucapkan

takziah kepada ahli keluarga dua rakan sejawat kami, mendiang

Encik Tan Kim Poh yang meninggal dunia pada 18 Januari 1998 dan

Allahyarham Dato’ Wan Adli bin Dato’ Wan Ibrahim yang kembali ke

Rahmatullah pada 26 April 1998. Saya ingin mengucapkan terima

kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka

kerana perkhidmatan mereka semasa memegang jawatan masingmasing.

PENGHARGAAN

Bagi pihak ahli-ahli Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan

terima kasih kepada pihak pengurusan dan kakitangan Kumpulan

kerana kegigihan dan kepercayaan mereka terhadap kami sepanjang

tahun yang sukar ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada semua pemegang saham, rakan niaga, pembiaya

kewangan, pihak berkuasa, para pelanggan dan juga pembekal

kerana sokongan mereka yang berterusan.

TAN SRI DATO’ SERI

VINCENT TAN CHEE YIOUN

Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif

23 Oktober 1998

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!