30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

49

Tinjauan Operasi Ketua Pegawai Eksekutif

Pasaran eksport kami sekali lagi mencatat pencapaian yang cemerlang.

Perkembangan di Timur Tengah, khususnya di Arab Saudi dan Emiriyah

Arab Bersatu, membolehkan jualan meningkat 84%. Matlamat utama

kami sekarang ialah untuk memperluaskan lagi pasaran di Timur Tengah

melalui sokongan pemasaran bagi memastikan pertumbuhan selanjutnya

di rantau tersebut. Usaha ini membolehkan Berjaya Unza Holdings

(“BVI”) Ltd mencatat kenaikan keuntungan sebelum cukai luar jangkaan

sebanyak 72.3%.

Kegawatan ekonomi dijangka berterusan sehingga ke tahun kewangan

yang berakhir 30 April 1999. Walaupun perniagaan jualan runcit agak

lembap, perbelanjaan pengguna semakin berkurangan dan kawalan

kredit diketatkan, kumpulan akan terus mempromosikan jenama-jenama

utamanya secara agresif untuk mengekalkan kedudukan dalam pasaran.

Kami juga akan terus melaksanakan program yang aktif dalam pasaran

eksport.

Perolehan Berjaya HVN Sdn Bhd pada tahun kewangan yang dilaporkan

meningkat 20% daripada RM21.6 juta kepada RM25.9 juta. Kenaikan

ini berpunca daripada peningkatan perniagaan runcit hiburan di rumah,

terutama kedai Video Ezy. Perolehan daripada perniagaan runcit kami

mencatat kenaikan yang memberangsangkan daripada RM4.6 juta

kepada RM8.5 juta. Sebahagian besar daripada kenaikan ini

disumbangkan oleh kedai-kedai runcit dan sewa video Berjaya Video

dan Video Ezy.

Buat masa ini, terdapat 20 buah kedai video kumpulan di seluruh

negara, 11 daripadanya dikendalikan oleh Berjaya Video manakala 9

lagi diusahakan oleh Video Ezy. Video Ezy menawarkan pelbagai

pilihan hiburan rumah dalam segala bentuk video seperti kaset VHS,

Cakera Laser, Cakera Padat Video dan Cakera Video Digital. Ia juga

meliputi lain-lain bidang hiburan, termasuk audio (Cakera Padat dan

Kaset) dan permainan komputer (kartrij dan CD-ROM) yang disokong

oleh aksesori dan barangan seperti kaset kosong, serta makanan dan

minuman yang berkaitan dengan industri hiburan. Video Ezy sentiasa

memberikan perkhidmatan hiburan rumah yang lengkap, inovatif dan

dinamik, dengan mengutamakan kualiti, kemudahan, tanggungjawab

dan nilai untuk wang pelanggan. Selain menekankan aliran tunai yang

kukuh dan pemasaran pangkalan data, syarikat juga telah bertindak

balas dengan pantas terhadap permintaan pelanggan dengan

menawarkan produk yang memberikan nilai wang pelanggan dan

menyusun semula campuran barangan dagangannya. Pihak pengurusan

juga akan terus menekan dan melaksanakan latihan dan pembangunan

kakitangan untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri yang

sangat kompetitif ini.

Pada tahun 1998, Berjaya Video dan Video Ezy telah menerima

anugerah “Pengedar Video Rumah Terbesar di Malaysia” bagi

semua label yang ditawarkan dan anugerah “Kedai Sewa Video

Terbesar Di Malaysia” daripada ‘Malaysia Book of Records’

bagi tahun 1998. Kedua-dua anugerah ini mencerminkan

pengiktirafan yang diberikan kepada prestasi kedaikedai

video kumpulan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!