30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

53

Tinjauan Operasi Ketua Pegawai Eksekutif

Untuk melengkapkan kakitangan jualan kami dengan kemahiran

komunikasi, pengetahuan mengenai produk, keupayaan mengendalikan

aduan pelanggan dan aspek-aspek lain dalam perhubungan dengan

pelanggan, kami sentiasa memberikan latihan yang diperlukan.

Melalui pelbagai usaha pemasaran yang telah diambil, syarikat akan

terus memantapkan kedudukannya dalam pasaran dan meningkatkan

bahagian pasarannya untuk menjadi pemegang peranan utama dalam

industri.

Roasters Corp, sebuah syarikat yang berpangkalan di Florida ini

merupakan pemilik, pengendali dan pemegang francais rangkaian

restoran “Kenny Rogers Roasters” dan tanda perdagangan yang

berkaitan. Rangkaian restoran ini menawarkan makanan yang bermutu

seperti ayam rotisserie dipanggang atas bara kayu sebagai hidangan

utama, disokong oleh pelbagai makanan panas dan sejuk, dan

minuman. Buat masa ini, terdapat sejumlah 139 buah restoran Kenny

Rogers Roasters di Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan, Asia

Pasifik dan Timur Tengah.

Disebabkan persaingan sengit dan kerugian berlarutan yang

ditanggung selama beberapa tahun, Roasters di Amerika Syarikat telah

disusun semula secara sukarela di bawah Perlindungan Penyusunan

Semula Bahagian 11 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan

Amerika Syarikat, untuk membolehkan syarikat menyusun semula

tanggungjawab kewangannya.

Roasters Asia Pacific (HK) Limited memegang hak francais utama bagi

Kenny Rogers Roasters di rantau Asia Pasifik. Kini terdapat 51 buah

restoran di Malaysia, Filipina, Singapura, China dan Indonesia yang

menjalankan perniagaan melalui francais dan operasi milik syarikat.

Lebih banyak restoran tambahan akan dibuka di pasaran-pasaran ini di

samping kedai-kedai baru yang dijadualkan dibuka di Brunei pada

tahun depan.

Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, pemegang francais Kenny Rogers Roasters

di Malaysia, telah menambah bilangan restorannya pada tahun yang

dilaporkan, daripada 14 kepada 21 buah. Empat restoran lagi akan

dibuka menjelang akhir tahun kewangan akan datang. Memandangkan

kegawatan ekonomi, syarikat akan memberi tumpuan kepada strategi

pemasaran dan langkah-langkah kawalan dan mengurangkan kos bagi

meningkatkan pencapaian.

Roadhouse Grill, Inc - Syarikat yang berpangkalan di Florida ini

merupakan pemilik, pengendali dan pemegang francais rangkaian

restoran perkhidmatan penuh yang menggunakan nama tanda

perdagangan “Roadhouse Grill”. Restorannya menawarkan pelbagai

hidangan makan tengah hari dan malam pada harga yang

berpatutan, seperti steak Amerika yang bermutu tinggi dan

hidangan panggang yang lain. Roadhouse Grill menyediakan

susunan terbuka, dengan hiasan rustik dan baldi kacang

percuma diletakkan di tempat-tempat yang mudah

dilihat. Konsep ini direka untuk menarik perhatian

para pelanggan termasuk ahli perniagaan,

pasangan, orang bujang dan keluarga. Buat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!