30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

29

Tinjauan Operasi Ketua Pegawai Eksekutif

memaksimumkan nisbah tahanan dalam negara sebagaimana yang

disarankan oleh Bank Negara Malaysia.

Berjaya General Insurance mencatat kemerosotan dalam keuntungan

menaja jamin sebanyak RM6.2 juta berbanding RM9.6 juta yang

diperolehi pada tahun sebelumnya. Ini disebabkan penurunan jumlah

keseluruhan nisbah tuntutan daripada 58.6% kepada 70.7%. Walaupun

terdapat beberapa tuntutan yang besar, perniagaan insurans kebakaran

masih mengekalkan prestasi cemerlang diikut rapat oleh insurans marin.

Digabung dengan pelaburan dan lain-lain pendapatan sebelum

perakaunan bagi pelaburan dalam ekuiti disebutharga, syarikat

mencatatkan keuntungan sebanyak RM25.1 juta berbanding RM21.2

juta pada tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, selepas

perakaunan bagi kerugian yang disebabkan oleh penjualan pelaburan

disebutharga dan peruntukan bagi pelaburan nilai berkurang yang

masing-masingnya berjumlah RM28.2 juta dan RM33.6 juta, syarikat

mencatatkan jumlah kerugian operasi sebanyak RM36.7 juta berbanding

keuntungan operasi sebelum cukai sebanyak RM66.9 juta yang

diperolehi pada tahun sebelumnya.

Selaras dengan perlaksanaan Akta Insurans 1996 pada 1 Januari 1997,

Berjaya General Insurance telah mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya bagi memastikan garis panduan yang terkandung di dalam

akta dipatuhi sepenuhnya. Walaupun terdapat kerugian operasi dan

margin kemampuan bayar meningkat kepada RM25 juta sebagaimana

yang ditetapkan di bawah peraturan Bank Negara pada 30 April 1998,

syarikat masih mempunyai aset benar yang secukupnya untuk memenuhi

margin kemampuan bayar yang tinggi dan pada masa yang sama

mengekalkan lebihan sebanyak RM20 juta dalam Dana Insurans.

Pada Mei 1997, syarikat telah menubuhkan jabatan insurans

kesihatannya sendiri untuk menaja jamin insurans kesihatan. Bagi tahun

yang dilaporkan, produk-produk insurans kesihatan yang baru bagi

badan korporat dan juga individu telah diperkenalkan dan mendapat

sambutan baik daripada pihak pelanggan serta ejen-ejen insurans

syarikat. Syarikat juga meramalkan insurans dalam kelas ini akan terus

berkembang maju dan seterusnya menjadi pelengkap kepada

perniagaan sedia ada.

Dalam tahun di bawah kajian, Berjaya General Insurance masih

meneruskan kegiatan-kegiatan seminar untuk meningkatkan lagi

kefahaman dan kemahiran ejen-ejen mengenai produk-produk syarikat.

Seminar yang dikendalikan di Kuala Lumpur ini mengutamakan aspek

teknikal produk yang lebih canggih. Menjelang akhir tahun kewangan,

satu konvensyen telah berlangsung di Hotel Equatorial di Cameron

Highland, Pahang bagi menghargai kira-kira 110 ejen yang memberi

sumbangan besar kepada pertumbuhan perniagaan syarikat.

Sebagaimana tahun sebelumnya, konvensyen dan latihan selama

tiga hari ini merupakan salah satu acara utama anjuran syarikat

yang turut mendapat sambutan menggalakkan dari para

ejen. Konvensyen ini juga menjadi landasan kepada pihak

pengurusan, kakitangan dan pemimpin-pemimpin ejen

insurans untuk berinteraksi dan bertukar pendapat

demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan

strategi pemasaran syarikat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!