30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

43

Tinjauan Operasi Ketua Pegawai Eksekutif

Operasi syarikat di Malaysia mencatat pertumbuhan perolehan 17% dan

kenaikan keuntungan sebelum cukai 14%. Pertumbuhan ini berpunca

daripada kejayaan program pemasaran “Tebus dan Jual”, pelancaran

pelbagai produk baru dan pertambahan ahli.

Empat buah pusat penebusan baru telah dibuka di Miri, Sibu, Kuantan

dan Kepong di Kuala Lumpur. Kini terdapat 10 buah pusat penebusan di

seluruh Malaysia. Untuk kemudahan pelanggan, kami bercadang untuk

membuka empat buah lagi pusat penebusan pada tahun depan.

Lebih 150,000 orang ahli telah didaftarkan di peringkat antarabangsa

dan lebih 430 pusat stokis dibuka di Filipina, Thailand, Brunei, Brazil

dan Mexico.

Sejak beroperasi di Filipina pada bulan April 1997, kami berjaya

menarik 54,000 orang ahli dan membuka 130 pusat stokis di seluruh

negara itu.

Pelancaran operasi kami di Brazil pada bulan November 1997

menandakan kemasukan kami ke rantau Amerika Latin. Ibu pejabat

syarikat terletak di Alphaville, Sao Paulo, manakala pejabat cawangan

terletak di Brasilia dan Belo Horizonte. Sejak memulakan operasi, kami

telah memperkenalkan 80 jenis produk dan membuka lebih 90 pusat

stokis untuk memenuhi keperluan 14,000 pelanggan kami di negara

tersebut. Perniagaan di Brazil membuka jalan bagi Cosway untuk

menembusi pasaran-pasaran lain di Amerika Latin.

Sejak memulakan operasi di Thailand pada bulan November 1997, kami

berjaya mencapai kemajuan yang besar walaupun negara itu

menghadapi kemelesetan ekonomi. Sehingga bulan September 1998,

seramai 45,000 orang ahli telah didaftarkan dan 110 pusat stokis

dibuka.

Walaupun operasi di Mexico baru dimulakan pada bulan Mei 1998,

kami telah menarik seramai 4,000 orang ahli dan membuka 20 pusat

stokis.

Sebagai menyahut seruan Kerajaan supaya kita menggunakan

barangan Buatan Malaysia, kumpulan sudah pun menjual sebahagian

besar barangan Buatan Malaysia di pasaran tempatan di samping

mengedarkannya ke seluruh dunia melalui syarikat-syarikat Cosway di

luar negeri. Kami yakin strategi harga yang berpatutan akan

membolehkan Cosway merebut bahagian pasaran daripada pesaing

kami. Kegawatan ekonomi dan nilai ringgit yang rendah mendorong

kami untuk berusaha menggantikan produk yang diimport, terutama dari

Eropah dan Amerika Syarikat, dengan barangan tempatan atau produk

dari negara-negara seperti Australia, Jepun dan Korea yang turut

mengalami kejatuhan nilai mata wang. Kami juga sedang berunding

dengan pembekal-pembekal luar negeri untuk membenarkan

kami mengeluarkan atau membungkus barangan mereka di

negara ini.

Kami yakin kumpulan ini mempunyai masa depan

yang cerah. Maka itu, kami akan terus

melaksanakan strategi pemasaran yang

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!