30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

23

Tinjauan Operasi Ketua Pegawai Eksekutif

PERTARUHAN DAN PENGURUSAN LOTERI

MALAYSIA

Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat utama Berjaya Sports Toto

Berhad, mencatat perolehan berjumlah RM2.16 bilion dan keuntungan

sebelum cukai berjumlah RM448.1 juta semasa tahun dalam tinjauan.

Angka ini menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 19.4%

dan 30.4% berbanding tahun sebelumnya yang berakhir 30 April 1997.

Pencapaian yang memberangsangkan ini disebabkan pertumbuhan

jualan yang berterusan bagi pelbagai jenis produknya dan

perkhidmatan yang lebih baik oleh syarikat dan ejen-ejennya kepada

pelanggan.

Permainan-permainan bukan-4-Digit kini menjadi semakin popular.

Permainan Super 6/49 yang memperkenalkan semula struktur hadiah

Jackpot pada bulan Februari 1997, telah mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada pelanggan. Jumlah hadiah Jackpot permainan

ini, yang mencecah angka tertinggi RM8.5 juta sebelum ia dimenangi

pada bulan April 1998, juga memberi sumbangan besar kepada

pendapatan syarikat pada tahun dalam tinjauan. Skim baru komisen

berkadar bagi ejen yang dilaksanakan pada bulan Februari 1997 turut

membantu meningkatkan jualan permainan-permainan bukan-4-Digit.

Kegawatan ekonomi memaksa syarikat meningkatkan langkah-langkah

untuk menjimatkan kos. Di mana boleh, perbelanjaan dipotong ke tahap

minimum tanpa menjejaskan operasi perniagaan. Langkah-langkah ini

dilaksanakan secara berterusan untuk mencapai hasil yang diingini

dalam usaha perjimatan.

LUAR NEGARA

Di Filipina, permainan 6-Digit merupakan permainan keempat yang

diperkenalkan di negara itu dan telah dilancarkan di Luzon pada bulan

Disember 1997. Cabutan kedua pada hari Rabu telah diperkenalkan

bagi permainan National Jackpot Megalotto 6/45.

Secara keseluruhannya, kini terdapat empat permainan, iaitu 6/42

Jackpot, Megalotto 6/45, 4-Digit dan 6-Digit. Cabutan diadakan enam

kali seminggu dari Isnin hingga Sabtu, iaitu 6/42 Jackpot pada hari

Selasa dan Khamis; Megalotto 6/45 pada hari Rabu dan Sabtu; 4-Digit

pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat; dan 6-Digit pada hari Selasa, Khamis

dan Sabtu.

Lebih 1,000 terminal telah dipasang di lebih 600 cawangan di Manila

dan bandaraya lain dalam wilayah Luzon. Baru-baru ini, syarikat juga

telah membeli 400 lagi terminal untuk menampung permintaan yang

semakin meningkat terhadap produk-produk syarikat.

Di Ghana, permainan kedua yang dinamakan Super 5/90 telah

dilancarkan pada bulan Januari 1998 dengan cabutan

diadakan pada setiap hari Selasa. Bersama permainan

Jackpot 6/40 yang diperkenalkan pada tahun lalu, kini

terdapat dua permainan dengan cabutan setiap

minggu pada hari Selasa dan Rabu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!