30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

25

Tinjauan Operasi Ketua Pegawai Eksekutif

Lebih 100 terminal luar talian berasaskan komputer peribadi (PC)

dipasang di Accra, ibu negara Ghana dan dua bandaraya berdekatan.

PERKHIDMATAN KEWANGAN

PEMBROKERAN SAHAM

Inter-Pacific Capital Sdn Bhd mencatatkan keuntungan berjumlah RM250.1

juta yang menunjukkan peningkatan sebanyak 46.6% berbanding

RM170.6 juta yang diperolehi pada tahun kewangan sebelumnya.

Sebahagian besar daripada peningkatan ini adalah hasil daripada

penjualan anak syarikatnya, United Traders Securities Sdn Bhd dengan

pembayaran sebanyak RM250 juta. Penjualan tersebut menghasilkan

keuntungan luar biasa RM176.8 juta. Perolehan dan keuntungan di

bahagian operasi merosot akibat pengurangan keseluruhan jumlah dan

nilai saham di pasaran saham.

Industri pembrokeran saham mengharungi tempuh sukar bagi Tahun

1997/98. Pasaran saham menjurus ke arah aliran menurun pada bulan

April 1997 berikutan syarat-syarat yang lebih ketat dalam pinjaman

yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan. Apabila krisis mata

wang bermula di rantau ini pada bulan Julai 1997, penjualan secara

besar-besaran di Papan Utama dan Papan Kedua turut berlaku. Indeks

Komposit jatuh menjunam daripada 1,080.2 mata kepada 626.0 mata

dan jumlah dagangan saham di Bursa juga susut pada kadar 6.4%

kepada 60.7 bilion saham bagi tahun kewangan yang dilaporkan

berbanding tahun sebelumnya. Nilai dagangan saham menurun

sebanyak 42.3% kepada RM268.3 bilion dan pada masa yang sama

jumlah permodalan pasaran juga turut menurun daripada RM749.9

bilion kepada RM377.0 bilion. Namun, keadaan pasaran yang merosot

dan tertekan tidak menghalang Inter-Pacific Securities Sdn Bhd dan Eng

Securities Sdn Bhd daripada mencapai prestasi kewangan yang

memberangsangkan. Ini adalah hasil daripada pengamalan polisi-polisi

bijak serta pendekatan proaktif oleh kedua-dua entiti tersebut.

Dalam pasaran terbitan, Inter-Pacific Futures Sdn Bhd yang diberi lesen

untuk operasi di Johor Bahru mencatatkan keuntungan yang sederhana

pada tahun pertama operasinya bermula. Prestasi yang memuaskan ini

disebabkan peningkatan jumlah dagangan di Bursa Opsyen dan

Kewangan Hadapan Kuala Lumpur. Berdasarkan keputusan yang

menggalakkan ini, Inter-Pacific Futures merancang untuk meluaskan lagi

operasinya dengan menambah bilangan Wakil Broker Pasaran

Hadapan. Inter-Pacific Futures juga telah mula beroperasi di Kuala

Lumpur menerusi perlesenan duaan dengan Inter-Pacific Securities pada

1 Julai 1998.

Pada tahun di bawah kajian, modal berbayar Inter-Pacific Capital telah

ditambah daripada RM200 juta kepada RM300 juta bagi meningkatkan

modal kerja dan seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan

kewangannya. Inter-Pacific Securities juga turut menambah

modal berbayarnya daripada RM150 juta kepada RM250

juta manakala modal berbayar Eng Securities kekal pada

tahap RM100 juta.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!