30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

51

Tinjauan Operasi Ketua Pegawai Eksekutif

Disebabkan kemelesetan ekonomi, kami tidak lagi membuka kedaikedai

runcit di dalam kompleks beli-belah. Sebaliknya, kami

mengalihkan tumpuan ke kawasan pinggir bandar yang terpilih di

Lembah Kelang. Sehingga kini, bilangan ahli Video Ezy telah mencapai

angka 30,000 manakala Berjaya Video telah menarik 13,000 ahli dan

angka ini terus meningkat. Peningkatan dalam keahlian adalah

berikutan pembukaan dua buah kedai Video Ezy di Pandan Indah,

Kuala Lumpur pada bulan November 1997 dan di Bandar Sri

Damansara, Shah Alam pada bulan Januari 1998.

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh industri hiburan rumah

sekarang ialah cetak rompak Cakera Padat Video (“VCD”). Pada tahun

kewangan yang dilaporkan, VCD cetak rompak muncul di seluruh

negara. Untuk menangani masalah ini dengan lebih berkesan, para

pengedar/pelesen video tempatan, pengedar filem, pendua VCD

berlesen, pengeluar filem tempatan dan peruncit video telah

menubuhkan sebuah persatuan berkaitan industri filem dan video yang

dikenali sebagai “VIFIM”. Persatuan ini bertindak sebagai suara industri

dalam semua urusan dengan pihak berkuasa kerajaan dan

bekerjasama dengan Motion Picture Association (“MPA”) untuk

menangani masalah cetak rompak.

Kos yang meningkat dan masalah hutang lapuk menyebabkan industri

hiburan rumah berwaspada. Sebagai persediaan untuk menghadapi

zaman yang lebih sukar, kami telah menilai semula prosedur kami dan

melaksanakan langkah-langkah berjimat cermat untuk meningkatkan

kecekapan dan produktiviti dalam operasi kami.

The Catalog Shop Sdn Bhd berjaya menyokong operasi Singer Malaysia

sebagai syarikat peruncit berkualiti yang menawarkan produk bermutu

tinggi kepada pelanggan, termasuk peralatan elektronik pelbagai

jenama dan perabot rumah pelbagai reka bentuk.

Pelbagai usaha pemasaran baru yang dilaksanakan pada tahun lalu

telah membuahkan hasil. Ia membolehkan syarikat mencapai matlamat

perniagaannya untuk meningkatkan perolehan sambil menembusi

pasaran perabot dan peralatan elektronik rumah Bayaran Sama (“EP”).

Kejayaan ini mendorong syarikat untuk membuka sebuah lagi

Megastore di Bangsar Baru pada bulan Disember 1997. Gedung baru

ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. Sehingga

kini, kami mempunyai 10 buah Megastore di beberapa bandar besar di

seluruh negara.

The Catalog Shop mengamalkan falsafah perniagaan yang memberi

tumpuan bukan sahaja kepada perkhidmatan cemerlang dalam

penjualan peralatan elektronik dan perabot. Malah, perkhidmatan juga

diberikan dalam bentuk pelbagai jenis produk dan jenama yang sesuai

pada harga yang berpatutan sebagai memenuhi keperluan pelbagai

pelanggan. Untuk meningkatkan kesedaran mengenai produk

dan perkhidmatan kami, The Catalog Shop meneruskan

kegiatan promosi dan pengiklanan korporat, yang

menekankan kedudukannya sebagai pemain peranan

penting dalam pemasaran pengguna.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!