30.03.2014 Views

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

BERJAYA GROUP BERHAD - Berjaya Corporation Berhad

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

31

Tinjauan Operasi Ketua Pegawai Eksekutif

Berikutan kegawatan ekonomi dan peningkatan keperluan margin

kemampuan bayar di rantau ini, kos-kos tuntutan juga dijangka akan

bertambah memandangkan kepekaan pemegang polisi terhadap

tuntutan di dalam persekitaran persaingan yang semakin meningkat bagi

merebut penguasaan pasaran dan pertumbuhan premium. Biarpun

terdapat keadaan yang sedemikian, syarikat tetap optimis dalam

memperolehi keuntungan menaja jamin yang memuaskan dan pulangan

daripada pendapatan pelaburan yang lebih baik pada tahun akan

datang.

SEWA BELI DAN SEWA PAJAK

Kelembapan ekonomi tidak menggugat keupayaan Prime Credit Leasing

Sdn Bhd (“Prime Credit Leasing”) untuk terus mencatat pertumbuhan.

Pendapatan operasi bagi tahun kewangan yang dilaporkan meningkat

sebanyak 32.7% daripada RM26.6 juta kepada RM35.3 juta di mana

sebahagian besarnya dirangsang oleh perkembangan dalam sektor

sewa beli, pinjaman wang dan pembiayaan saham.

Walau bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai merosot daripada

RM11.2 juta yang dicatat pada tahun sebelumnya kepada kira-kira

RM0.9 juta berikutan langkah yang diambil oleh syarikat dalam

melaksanakan dasar yang lebih berhati-hati bagi peruntukan hutang

ragu. Di samping itu, syarikat juga mengalami kerugian menerusi

penjualan saham sebanyak RM1.6 juta berbanding keuntungan yang

diperolehi sebanyak RM21.3 juta pada tahun lepas.

Pada tahun yang dilaporkan, Prime Credit Leasing menambah modal

berbayar daripada RM100 juta kepada RM150 juta untuk mengukuhkan

lagi modal asas dan sekaligus meningkatkan daya saingnya di dalam

industri. Sebagai usaha untuk meluaskan lagi penguasaan pasaran,

syarikat turut merebut peluang-peluang perniagaan dalam Industri Kecil

dan Sederhana (IKS) dan juga syarikat-syarikat pembuatan berasaskan

eksport.

Tahun yang akan datang ini merupakan tempoh penyatuan bagi Prime

Credit Leasing akibat daripada kemelesetan ekonomi, kecairan tunai

yang ketat dalam sistem kewangan dan kos pinjaman yang tinggi.

Syarikat akan terus merangka dan memperbaiki dasar-dasar kreditnya

termasuk mutu aset untuk menghadapi cabaran-cabaran sedia ada.

Tumpuan khusus juga akan diberikan ke atas pinjaman yang memiliki

gabungan portfolio yang bersesuaian tanpa memberi kadar faedah.

PERCUTIAN PERKONGSIAN MASA, HOTEL, RESORT & PEMBANGUNAN

REKREASI

Kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang di rantau ini telah

menggugat industri pelancongan Malaysia sejak suku ketiga tahun

lalu. Keadaan ini menjadi lebih buruk lagi apabila jerebu yang

berpunca daripada fenomena El Nino di Indonesia melanda

negara kita, hingga menghalang kedatangan pelancong

asing ke negara ini. Kadar penginapan hotel turun

mendadak sebahagian besarnya disebabkan oleh

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!