11.07.2015 Views

keterlibatan audien remaja mengikut etnik dengan genre didik-hibur ...

keterlibatan audien remaja mengikut etnik dengan genre didik-hibur ...

keterlibatan audien remaja mengikut etnik dengan genre didik-hibur ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tema-tema yang muncul dari analisis menunjukkan kumpulan ini memanggemar menonton iklan-iklan kemasyarakatan, tidak menukar saluran apabilamunculnya iklan-iklan tersebut di kaca televisyen, dengan rela hati memberiperhatian dan sanggup menonton iklan-iklan kemasyarakatan dengan seriusbagi tujuan memahami mesej-mesejnya. Keadaan ini boleh dirujuk kepadaJadual 6.Keadaan ini agak berlainan dengan kumpulan audien remaja India di mana tidaksemua peserta menunjukkan minat dan sikap yang gemarkan iklan-iklankemasyarakatan yang ditayangkan. Terdapat sebahagian mereka yangmenunjukkan minat yang mendalam (gemar), sebahagian lagi menunjukkanmereka mempunyai minat tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu (kadangkadanggemar), dan sebahagian lagi menunjukkan yang mereka tidakmenggemari langsung iklan-iklan kemasyarakatan yang ditayangkan (tidakgemar). Jadi di sini, sikap asal audien remaja India boleh dibahagi kepada tigaiaitu ada mereka yang mempunyai sikap yang ‘gemar’ menonton, sebahagianlagi ‘kadang-kadang gemar’, dan sebahagin lagi ‘tidak gemar’.Tema-tema yang muncul menunjukkan kumpulan yang mempunyai sikap yanggemar menonton menyatakan yang mereka gemar menonton iklan-iklankemasyarakatan yang disiarkan di samping faham dengan mesej-mesej yangdibawanya. Bagi kumpulan yang mempunyai sikap yang kadang-kadang gemar,mereka menyatakan bahawa mereka hanya akan menonton jika iklan-iklan yangditayangkan menarik dan jika iklan-iklan tersebut masih baru dan belummenjemukan. Keadaan ini juga serupa dengan pandangan Papa dan rakanrakan(2000) bahawa keterlibatan wujud apabila audien boleh menilai mesejyang dibawa oleh media massa pada semasa dan selepas menonton.Bagi kumpulan yang menunjukkan sikap yang tidak gemar, mereka seringmengubah saluran apabila iklan-iklan tersebut muncul, meninggalkan petitelevisyen untuk melakukan lain-lain aktiviti semasa iklan tersebut ditayangkan,dan ada yang menyatakan yang mereka tidak berminat untuk menontonnyalangsung. Maka pengkaji menganggap tidak akan wujud keterlibatan dalamkalangan mereka. Pandangan ini disokong oleh Perse (1990) yang menyebutbahawa audien yang tidak berminat dan tidak membabitkan diri mereka secaramental dengan program media akan mempunyai perasaan atau sikap yangnegatif kepada kandungan media dan sentiasa akan mengubah saluran.Hasil kajian ini juga menunjukkan audien remaja Cina tidak semuanyamempunyai sikap yang gemar menonton. Ini kerana walaupun majoriti pesertamenunjukkan sikap yang mereka gemar menonton tetapi sebilangan kecilbanyak berdiam diri semasa berlangsungnya sesi perbincangan kumpulan fokus.Kumpulan yang gemar menonton ini menyatakan bahawa mereka memanggemar menonton iklan-iklan kemasyarakatan yang ditayangkan tetapi lebihberminat kepada iklan-iklan yang berkaitan dengan kehidupan dan budaya kaumCina. Petikan perbualan mereka bolehlah disimpulkan kepada tema-tema seperti30

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!