12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Diploma Pertanian bagi memperkenalkan memproses ayam secara komersialtetapi tidak boleh diguna kerana ketiadaan bekalan elektrik di reban ayam.• Pemasangan pagar adalah tidak menyeluruh dan penyenggaraan kemudahanpada tahap minimum. Kawasan kem hutan Nirwana di kampus Bintuludilengkapi dengan kemudahan seperti dewan taklimat, surau, dapur, storperalatan dan tandas dibina pada tahun 2006 dengan kos RM56,918.Bagaimanapun, ia tidak di senggara dengan baik kerana masalah logistik dankekurangan pekerja.Pihak <strong>Audit</strong> mengesyorkan kemudahan TPU ditingkatkan bagi menjamin kualitipengajaran dan pembelajaran di bidang pertanian. Keperluan sebenar fakulti perludikenal pasti bagi menyediakan kemudahan yang bersesuaian dan relevan. Selain itu,guna tenaga dikaji semula terutama yang melibatkan pegawai teknikal bagimelancarkan operasi TPU khususnya bagi kerja penyenggaraan.UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA- Pengurusan Aktiviti Kawalan Dan Penjagaan Aset Mudah AlihSelaras dengan objektif UTM untuk mengukuhkan bidang sains dan teknologi, UTMtelah melengkapkan semua pusat tanggungjawabnya dengan kemudahan yang terdiridaripada aset mudah alih seperti komputer, peralatan makmal dan alat pandangdengar. Sehingga akhir tahun 2005 UTM mempunyai sejumlah RM59.76 juta asetmudah alih. Pengauditan yang telah dijalankan mendapati perkara berikut:• Kes kehilangan dan kecurian aset mudah alih yang dilaporkan dari tahun 2001hingga bulan Ogos 2006 adalah berjumlah RM854,346. Daripada jumlah tersebut,sejumlah RM605,761 atau 70.9% kehilangan berlaku bagi tahun 2004 hingga2006. Aset mudah alih yang banyak dilaporkan hilang ialah Liquid Crystal Display(LCD), komputer riba dan peralatan komputer seperti flat screen monitor.• Kawalan keselamatan yang longgar seperti kawasan Universiti tidakkeseluruhannya berpagar, bangunan dibina sebelum pintu masuk utama,penggunaan Close Circuit Television (CCTV) yang tidak menyeluruh danpenggunaan kunci pendua oleh pegawai dan pelajar.• Pergerakan aset tidak dikemas kini untuk makluman Pejabat Bendahari.Penyelenggaraan rekod adalah lemah yang mana Fakulti tidak mempunyai daftarinduk aset dan aset tidak diberi tanda pengenalan. Di samping itu, tidak adasistem aset berkomputer yang berintegrasi dengan Pejabat Bendahari digunakan.• Pemantauan aset yang lemah dan Jawatankuasa Pemeriksa Aset peringkatFakulti tidak diwujudkan bagi melaksana pemeriksaan aset secara berkala.xxvi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!