12.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

HASIL PENGAUDITAN YANG DILAPORKANSECARA RINGKAS16. LEMBAGA KOKO MALAYSIA- Pengurusan Program Pembangunan Pekebun Kecil Koko16.1 Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah ditubuhkan pada tahun 1988 untukmeningkatkan produktiviti pengeluaran biji koko dan pembangunan aktiviti hiliranindustri koko. Program Pembangunan Pekebun Kecil Koko (Program PPKK) adalahpemangkin khusus kepada sektor pekebun kecil untuk memulihkan kawasan tanamankoko yang telah tua. Program PPKK juga bertujuan untuk meningkatkan produktivitipengeluaran biji koko pekebun kecil dari 0.5 tan menjadi 1.5 tan sehektar setahun.Selain itu, program ini melaksanakan aktiviti pemindahan teknologi kepada pekebunkecil dari aspek penanaman koko, teknik pemprosesan, penyimpanan dan pemasaranhasil. Pada tahun 2002, sebagai langkah memajukan ekonomi negara, Kerajaan telahmemperuntukkan sejumlah RM18.58 juta kepada LKM untuk membangunkan sektorpekebun kecil koko dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). LKM telahmengagihkan peruntukan tersebut kepada Program PPKK berjumlah RM14.36 juta,bekalan anak benih berjumlah RM2.36 juta dan usahawan IKS koko berjumlahRM2.38 juta. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember2006 adalah untuk menentukan sama ada pengurusan Program PPKK telahdirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan teratur. Semakan <strong>Audit</strong> mendapatiperkara berikut:16.1.1 Sehingga akhir tahun 2006, LKM telah berjaya membangunkan tanamankoko seluas 3,644 hektar dengan penglibatan seramai 2,846 pekebun kecil yangmelebihi sasaran 3,520 hektar kawasan tanaman koko melibatkan seramai 1,230pekebun kecil. Bagaimanapun, tidak semua pekebun kecil yang terpilih mampukekal sehingga tanaman koko mereka mengeluarkan hasil. Seramai 1,332 daripada2,921 pekebun kecil atau 45% masih aktif manakala seramai 602 pekebun kecilatau 21% didapati kurang aktif. Baki seramai 987 pekebun kecil atau 34% telahdikeluarkan daripada program kerana terlibat dengan tanaman lain. Walaupun LKMtelah berjaya memulihkan kawasan tanaman koko melebihi sasaran tetapi kadarbilangan pekebun kecil yang kurang aktif dan dikeluarkan dari program adalah tinggiiaitu 56%. Keadaan ini sekiranya berlarutan sehingga ke program pemulihanseterusnya, objektif program untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran biji kokodari 0.5 tan menjadi 1.5 tan sehektar setahun tidak akan dicapai.16.1.2 Lembaga Koko Malaysia tidak mempunyai pangkalan data di peringkat IbuPejabat yang boleh mengintegrasi kesemua maklumat mengenai setiap pekebunkecil yang menyertai program di peringkat cawangan negeri. Antara maklumattersebut adalah seperti bilangan, kategori, keluasan kawasan tanaman koko dan293

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!