28.11.2014 Views

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS

ZON PERANCANGAN PJU1, PJU2, SS & PJS, PETALING JAYA 2020

8-83

8I : GARIS PANDUAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

LAMPIRAN 8I – 1 : GARIS PANDUAN BEKALAN AIR

1. Sumber Air

Kawasan Lembah Klang akan mengalami kekurangan punca air menjelang tahun 2005 dan salah

satu cara untuk mengatasi masalah ini dengan mengambil bekalan air mentah dari Sungai Pahang

di Negeri Pahang dan disalurkan ke Selangor untuk pembersihan dan rawatan.

2. Jenis Paip

Paip-paip simen asbestos digantikan dengan paip jenis yang lebih tahan lama seperti HDPE

ataupun UPVC; kos pelaksanaannya adalah tinggi dan perlu dijalankan berperingkat-peringkat.

3. Kebocoran & Kehilangan Air

• Sistem retikulasi hendaklah diperiksa selalu untuk mengatasi masalah kebocoran paip.

Orang ramai hendaklah digalakkan untuk melapor segala kes kebocoran paip. Nombor

telefon ‘hotline’ bahagian penyelenggaraan JBA patut diadakan dandipaparkan di merata

kawasan kajian.

• Pasukan penyelenggaraan JBA hendaklah bertindak pantas terhadap setiap laporan

kebocoran paip yang diterima, tidak kira waktu.

• Mengenakan denda yang tinggi terhadap kontraktor-kontraktor cuai yang bertanggungjawab

ke atas kebocoran paip air semasa membuat kerja-kerja pembinaan lain.

4. Kempen Jimat Air

Satu kempen jimat air jangkamasa panjang patut diadakan untuk meningkatkan kesedaran

pengguna-pengguna terhadap kepentingan berjimat dalam penggunaan air. Kempen tersebut

boleh disebarkan melalui televisyen, radio, akhbar, papan tanda dan juga risalah.

Berikut adalah cara-cara penggunaan air dapat dikurangkan:

• Mewajibkan setiap pembangunan baru menggunakan tandas yang mengandungi 2 jenis

‘flush’ satu untuk buang air kecil dan satu lagi untuk buang air besar.

• Menutup paip air jika tidak digunakan, contoh semasa berus gigi.

• Menyimpan air hujan dan menggunakannya untuk menyiram pokok bunga serta

membasuh lantai kawasan luar rumah.

• Mengelakkan dari mandi terlalu lama.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!