28.11.2014 Views

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6-6

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS

ZON PERANCANGAN PJU1, PJU2, SS & PJS, PETALING JAYA 2020

ii.

Sistem Operasi

Terdapat 2 jenis sistem operasi yang dicadangkan untuk perkhidmatan bas pengantara,

iaitu:

Set Stop - Bas pengantara akan berhenti di hentian yang telah ditentukan. Dasar operasi

ini adalah yang paling banyak dipraktikkan di bandar besar. Pemandu diwajibkan untuk

berhenti di setiap hentian yang telah ditentukan tanpa mengambilkira jumlah penumpang

yang akan turun atau menaiki bas tersebut. Penumpang tidak perlu melambaikan tangan

bagi menghentikan bas jika sekiranya ingin menaiki bas tersebut. Jenis operasi seperti

ini adalah amat sesuai bagi laluan yang mempunyai penumpang dan pengguna bas yang

ramai iaitu permintaan tinggi.

Namun begitu, perkara berikutnya yang perlu diambil perhatian adalah jarak antara

perhentian bas.

Flag Stop - Kaedah operasi bas pengantara seperti ini memerlukan pemandu bas untuk

berhenti di mana-mana tempat yang penumpang inginkan, sama ada untuk turun atau

menaiki bas. Secara relatifnya, operasi bas seperti ini mempunyai kecepatan / kelajuan

yang tinggi berbanding dengan sistem operasi set stop kerana tidak perlu berhenti di

setiap hentian yang biasanya akan mengambil masa dan melambatkan perjalanan.

Kaedah seperti ini amat sesuai dijalankan pada laluan yang tidak mempunyai ramai

penumpang dan permintaan untuk perkhidmatan bas pengantara adalah rendah. Pola

operasi bas pengantara akan menjadi rawak kerana ianya berdasarkan kepada pengguna

bas tersebut dan tidak pada hentian bas. Ianya akan menguntungkan pihak pengguna

perkihdmatan bas kerana jangka masa berjalan kaki ke / dari hentian bas menjadi lebih

pendek.

iii.

Jarak Antara Perhentian

Di antara faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan jarak antara perhentian bas

pengantara adalah seperti berikut:

Kawasan Perkhidmatan - Kawasan perkhidmatan untuk satu hentian pada setiap laluan

perkhidmatan bas pengantara adalah 200 meter [dengan mengambilkira keupayaan/

kemahuan berjalan kaki (willingness to walk) pengguna penkhidmatan bas pengantara

dari tempat aktiviti masing–masing ke perhentian bas]. Dengan itu, dicadangkan untuk

laluan perkhidmatan bas pengantara dalam kawasan MBPJ adalah 400 meter.

Kawasan Asal dan Tuju (OD) - Tempat hentian bas pengantara dicadangkan supaya dibina

dalam kawasan perumahan, perdagangan dan tempat kerja (kawasan asal dan tuju)

yang mempunyai banyak kemudahan dan tarikan kepada pengguna perkhidmatan bas

pengantara ini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!