28.11.2014 Views

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS

ZON PERANCANGAN PJU1, PJU2, SS & PJS, PETALING JAYA 2020

8-85

vi.

vii.

ini, kerja-kerja pemasangan talian bawah tanah dapat diselaraskan dengan kerja-kerja

tanah bagi mengelakkan kerosakan bagi jalan raya yang telah siap dibina.

Konduit-konduit patut disediakan di bawah jalan raya utama pada setiap 500 meter untuk

lintasan kabel-kabel bawah tanah yang diperlukan selepas jalan tersebut telah diturap.

Bagi mengurangkan kerosakan dan kos penyelenggaraan, lebih banyak penggunaantelefon

awam jenis bersewa di premis-premis perniagaan dan swasta digalakkan supaya

penggunaannya dapat dikawal dan diawasi oleh penyewa-penyewa.

LAMPIRAN 8I – 4 : GARIS PANDUAN SISTEM SALIRAN

1. Garis Panduan Dan Piawaian

Segala reka bentuk sistem perparitan hendaklah dibuat mengikut garis panduan yang

ditetapkan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran dalam:

• ‘Urban Drainage Design Standards and Procedures for Peninsular Malaysia 1985 –

Planning and Design Procedure No. 1’.

• ‘Hydrological Procedure No. 1 – Estimation of Design Rainstorm in Peninsular

Malaysia’.

• ‘Hydrological Procedure No.16 – Flood Estimation for Urban Catchments in Peninsular

Malaysia’.

2. Pembuangan Sisa Pepejal

Pembinaan sebuah ‘rubbish trap’ di Sungai Penchala di hilir bahagian sungai Seksyen 19

adalah tidak praktik. Penyelesaian kepada masalah ini terletak dalam mendidik orang

ramai tentang keburukan membuang sampah ke dalam sungai. Pihak JPS mempunyai

kempen ‘Cintailah Sungai Kami’ yang bertujuan menunjuk ajar kepada orang ramai

tentang kepentingan menjadikan sungai bebas dari pencemaran dan sisa pepejal.

Penghuni-penghuni di kawasan setinggan yang menjadi punca pencemaran sungai ini

harus dipindahkan ke kawasan lain.

3. Pengurangan Kadar Alir Air Larian Permukaan

Pengurangan kadar alir air larian permukaan atau ‘surface runoff’ adalah kaedah

yang paling berkesan untuk mengurangkan air memasuki sistem perparitan dan akan

mengawal saiz parit-parit dari menjadi terlalu besar.

Pembangunan yang pesat tidak semestinya menghasilkan peningkatan kadar alir air

larian yang besar. Berikut adalah cara-cara yang boleh mengurangkan atau mengawal

kadar alir air larian permukaan:

• Penurapan kawasan lapang untuk apa jua pembangunan mestilah menggunakan

‘interlocking pavement’ atau turapan konkrit separa dan bukan konkrit sepenuhnya

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!