28.11.2014 Views

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2-2

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS

ZON PERANCANGAN PJU1, PJU2, SS & PJS, PETALING JAYA 2020

Zon Gunatanah dan Kebenaran Merancang

Pelan Gunatanah dan Intensiti Pembangunan telah menentukan zon gunatanah yang menunjukkan

gunatanah utama bagi setiap plot tanah di Petaling Jaya. Ia akan menyusun gunatanah, mengelakkan

konflik gunatanah dan membenarkan pertumbuhan berlaku secara mampan. Oleh itu, semua permohonan

Kebenaran Merancang yang melibatkan sebarang perubahan dalam penggunaan tanah atau bangunan

hendaklah dirujuk kepada Seksyen 19, Akta Perancangan Bandar Dan Desa, Akta 172 yang menyatakan

bahawa suatu Kebenaran Merancang diperlukan untuk sebarang perubahan penggunaan tanah dan

bangunan kecuali atau jika diarahkan oleh Datuk Bandar sebagai tidak memerlukan Kebenaran Merancang).

Ini juga bermaksud tiada Kebenaran Merancang diberikan, sekiranya terdapat cadangan aktiviti yang tidak

dibenarkan dalam zon gunatanah.

Pelan Gunatanah dan Klasifikasi Gunatanah

Pelan Zon Gunatanah

Pelan Zon Gunatanah menunjukkan agihan gunatanah dalam bentuk spatial bagi seluruh Petaling Jaya.

Ia merupakan pelan yang mengandungi 18 zon gunatanah yang menunjukkan kegunaan utama yang

dibenarkan bagi setiap plot atau lot tanah. Secara dasarnya, ia bermaksud bahawa plot tanah akan hanya

dibenarkan untuk dimajukan sepertimana yang telah ditandakan dalam zon gunatanah (sekiranya berbeza

dengan sekarang).Walau bagaimanapun, zon gunatanah yang telah ditentukan dalam pelan zon gunatanah

hanya dibenarkan untuk dibangunkan apabila kelulusan Kebenaran Merancang dikeluarkan. Sebanyak 18

zon gunatanah yang telah ditentukan adalah mengikut fungsi dan juga penggunaan tanah secara dasar.

Secara umumnya, zon-zon gunatanah di dalam Petaling Jaya merangkumi 7 zon gunatanah utama:

Bagi penyediaan Pelan Gunatanah dan Intensiti Pembangunan, 18 zon gunatanah di atas dilihat sebagai

satu senarai klasifikasi yang komprehensif dan penerangan secara terperinci ditunjukkan dalam Jadual 2.2:

Klasifikasi Zon Gunatanah.

Jadual 2.1: Jenis-Jenis Gunatanah di Petaling Jaya

Penggunaan Asas/Aktiviti

Perdagangan

Zon Gunatanah

Pusat Perdagangan Utama

Pusat Perdagangan

Pusat Kejiranan

Perdagangan Terhad (Institusi)

Perdagangan Terhad (Perkhidmatan)

Pembangunan Bercampur

Kegunaan Bercampur Kediaman

Kediaman Kediaman 1

Kediaman 2

Kediaman 3

Pangsapuri Kos Rendah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!