28.11.2014 Views

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

garis panduan kawalan - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6-10

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS

ZON PERANCANGAN PJU1, PJU2, SS & PJS, PETALING JAYA 2020

• Selain itu, stesen dan terminal ini boleh dijadikan mercu tanda (landmark) zon TOD, di

mana penerapan reka bentuk bandar dan bangunan yang menarik dapat memberikan

identiti dan mungkin boleh menyerlahkan budaya setempat.

• Ini secara langsung akan dapat meningkatkan nilai gunatanah di sekeliling stesen /

terminal transit.

Garis Panduan Umum Penyediaan Untuk Pembangunan Padat dan Padu

• Justifikasi untuk membenarkan pembangunan padat di zon TOD adalah untuk merapatkan

lokasi gunatanah (mengurangkan jarak) yang akan mengurangkan perjalanan jauh

terutama perjalanan sokongan hidup seperti perjalanan untuk membeli barangan,

mendapatkan perkhidmatan, mengunjungi rekreasi dan lain-lain aktiviti dalam lingkungan

400 meter dari stesen / terminal transit sahaja.

• Pembangunan secara menegak diperlukan dalam zon TOD bagi mengoptimumkan

penggunaan tanah serta perkhidmatan transit. Ianya akan dapat menampung ramai

penghuni di samping dapat juga menempatkan pelbagai aktiviti dalam satu bangunan

seperti kedai, pejabat, rumah dan kawasan rekreasi (4 jenis gunatanah) seperti dalam

asas sebuah kejiranan.

• Pembangunan padat dan membenarkan gabungan / campuran gunatanah akan

menyebabkan kawasan zon TOD lebih berdaya huni (liveable). Ianya lebih demokratik kerana

memberi ruang untuk pelbagai jenis rumah (aspek harga rumah) yang menggabungkan

pelbagai kumpulan status sosio ekonomi – yang menggalakkan integrasi sosial.

Garis Panduan Umum Penyediaan Laluan Pejalan Kaki, Laluan Basikal dan

Mod Pengangkutan

• Pembinaan laluan pejalan kaki yang berkualiti dan saling menghubungkan gunatanah

yang terdapat di zon TOD ke stesen transit sangat penting kerana penduduk diminta

berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan

kenderaan persendirian.

• Sokongan bagi penunggang basikal seperti ruang simpanan basikal, bilik mandi, kedai

membaiki basikal dan sebagainya perlu dititikberatkan untuk menggalakkan penggunaan

basikal yang tinggal di sekeliling zon TOD (sekitar 1-2 km) untuk ke / dari kawasan

kejiranan di sekeliling kawasan dalam zon TOD.

• Stesen / terminal transit adalah titik tumpuan zon TOD yang berperanan sebagai hub

pertukaran mod pengangkutan utama antara mod tanpa motor dengan pengangkutan

awam. Ianya juga menjadi hub pertukaran perkhidmatan pengangkutan awam iaitu antara

bas pengantara dengan bas transit / bas transit laju.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!