12.07.2015 Views

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengauditan yang dijalankan mendapati Syarikat hanya mengemukakan kepada SSMPenyata Kewangan tahun 1999 sahaja. Penyata Kewangan tersebut telah diaudit olehJuruaudit Bertauliah dari syarikat Gee & Co. dan dikeluarkan Sijil <strong>Audit</strong> Berteguran. Tarikhpembentangan Penyata Kewangan tahun 1999 ialah pada 18 November 2007. PenyataKewangan tahun 2000 hingga 2008 sedang dalam proses pengauditan oleh syarikat Gee &Co. Mengikut Amalan Terbaik, Juruaudit yang dilantik hendaklah ditukar setiap lima tahunsekali.8.4.1.2 Penilaian Terhadap Kedudukan KewanganPrestasi syarikat diukur berdasarkan kepada maklumat daripada Penyata Kewangan yangtelah diaudit dengan menjalankan analisis terhadap Lembaran Imbangan, PenyataPendapatan dan Perbelanjaan dan Penyata Aliran Tunai. Analisis kewangan dijalankanbertujuan menilai prestasi kewangan syarikat bagi tahun semasa berbanding tahunsebelumnya melalui analisis nisbah seperti nisbah kecairan, keberuntungan, kestabilan dankecekapan.Memandangkan Penyata Kewangan Syarikat hanya diaudit setakat tahun 1999, penilaianterhadap prestasi kewangan Syarikat bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 tidak dibuatwalaupun Syarikat ada menyediakan Akaun Pengurusan Syarikat setiap tahun. PihakSyarikat hendaklah berusaha dengan lebih gigih untuk menyediakan Penyata Kewanganuntuk diaudit dan mengemukakannya kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sebagaisebuah Agensi Kerajaan Negeri, Perbadanan hendaklah memastikan penyata kewangananak syarikat diaudit setiap tahun.8.5 PENGURUSAN AKTIVITI8.5.1 Latar BelakangAktiviti utama Syarikat adalah pembinaan dan penyenggaraan bot. Pada tahun 2008,Syarikat ditawarkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) Kontrak PembinaanDan Pembekalan 5 Unit Bot Ronda Laju Kelas PA (Aluminium) untuk Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dengan nilai kontrak sejumlah RM54 juta. Tempoh kontrak adalah selama 2 tahun,bermula pada 1 Februari 2008 hingga 31 Januari 2010. Ia merupakan kontrak pertama yangdiperoleh Syarikat selepas dibenarkan beroperasi semula pada tahun 2005. Skoppengauditan meliputi pelaksanaan projek, manakala tempoh pengauditan adalah darikontrak bermula sehingga bulan Mac 2010.8.5.2 Penemuan <strong>Audit</strong>8.5.2.1 Prestasi ProjekSyarikat hendaklah membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan kerjadilaksanakan mematuhi spesifikasi, kualiti, prestasi dan jadual ditetapkan. Semakan <strong>Audit</strong>mendapati Syarikat membuat pemantauan secara mingguan iaitu berdasarkan kepadaLaporan Kemajuan Mingguan yang dikeluarkan pada setiap minggu dan juga oleh LembagaPengarah sendiri. KKDN juga membuat pemantauannya sendiri dengan mengadakan99

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!