29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

2. 0 TRANSFORMASI BILIK DARJAH KE ARAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21

2.1 Konsep Bilik Darjah

Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Konsep

bilik darjah yang ideal mestilah berubah mengikut perkembangan pendidikan semasa. Kewujudan bilik

darjah dalam usaha merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sangat berkait

rapat dengan kesediaan guru mengurus ruang pembelajaran tersebut secara optimum. Richards (1990),

mentafsirkan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru pada tingkah laku, pergerakan serta

interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan

berkesan. Menurut Guy (1999), sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang

dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,

merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa

pelajaran. Oleh itu, konsep bilik darjah dapat ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri

penyusunan fizikalnya. Bilik darjah boleh berupa sebuah bilik, padang, makmal sains, dewan, atau

makmal komputer tetapi keberkesanan fungsinya sangat bergantung kepada pengurusannya.

2.2 Ciri-Ciri Bilik Darjah Abad ke-21

Bil Elemen Maksud Huraian

1 Bilik Khas Bilik mengikut keperluan seperti

Makmal Sains,

Bilik Kemahiran Hidup,

Bilik Media,

Bilik Tayang

Bilik darjah berasaskan mata

pelajaran teras atau kritikal.

Kerusi meja disusun mengikut

kumpulan.

Pelbagai peralatan yang berkaitan

dengan mata pelajaran .

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

2 Bilik Khas

Mata Pelajaran

Bilik mengikut mata pelajaran

seperti

Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris,

Matematik

Bilik darjah berasaskan mata

pelajaran teras.

Kerusi meja disusun mengikut model

kumpulan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Media cetak seperti buku, kamus,

majalah untuk bahan bantu mengajar

dan bahan bantu belajar.

Jadual penggunaan bilik disediakan

Bilik khas untuk guru mata pelajaran

berkenaan

Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan

Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran

kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna.

Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk

bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran

kolaboratif.

24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!