29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

Jigsaw

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan

terdiri daripada 4 hingga 6 orang murid yang berbeza tahap pencapaian

- KUMPULAN ASAL (kumpulan sebelum aktiviti dijalankan).

2. Jumlah murid dalam kumpulan mestilah sama dengan jumlah pecahan

untuk sesuatu topik bahan yang akan dipelajari dan sesuai dengan

objektif pembelajaran.

3. Setiap murid dalam KUMPULAN ASAL diberikan tugasan mempelajari

salah satu pecahan dalam topik yang dipelajari dengan menomborkan ahli

KUMPULAN ASAL.

4. Setiap murid yang diberikan tugasan yang sama belajar bersama-sama

dalam KUMPULAN AHLI (mengikut nombor dan pecahan topik). Dalam

KUMPULAN AHLI ini, murid akan berbincang tentang pecahan topik yang

sama seterusnya membuat perancangan bagaimana untuk menyampaikan

kepada ahli dalam KUMPULAN ASAL sekembalinya ke KUMPULAN ASAL.

Contohnya, jika dalam satu kelas ada 30 orang murid dan pecahan untuk

sesuatu topik ialah 5, maka akan terdapat 6 KUMPULAN ASAL yang

dianggotai oleh 5 orang setiap kumpulan (setiap murid diberikan nombor 1

hingga 5) dan 5 KUMPULAN AHLI (kumpulan untuk menjalankan aktiviti).

5. Setiap murid dalam KUMPULAN AHLI akan kembali ke KUMPULAN

ASAL untuk memberikan maklumat yang telah diperoleh dalam

KUMPULAN AHLI.

6. Guru memudah cara perbincangan sama ada dalam KUMPULAN AHLI

atau KUMPULAN ASAL

7. Setelah murid berbincang semula dalam KUMPULAN ASAL, setiap

KUMPULAN ASAL akan membuat pembentangan kumpulan masing-masing

atau pembentangan boleh dijalankan secara undian iaitu undian

mana-mana kumpulan untuk membuat pembentangan, agar guru dapat

menyamakan persamaan pendapat tentang isi pelajaran pada hari itu.

8. Guru memberikan kuiz kepada murid secara individu bagi mengesan

kefahaman murid.

9. Guru memberikan penghargaan kepada kumpulan melalui skor individu ahli

KUMPULAN ASAL.

50

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!