29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

5.3 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur

GURU

Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, guru adalah segalagalanya

(Pullias & Young 1982),

yang menjalankan pelbagai peranan

dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994).

Hal bermakna kejayaan sesuatu sesi

pengajaran dan pembelajaran itu

adalah terletak kepada

kebijaksanaan guru sebagai

pengurus yang berkesan. Sebagai

guru, beberapa perkara berikut perlu

dipatuhi, iaitu:

Perwatakan guru yang menarik,

kecindan, tidak menakutkan atau

menggerunkan murid-murid.

Bahasa yang digunakan sesuai

dengan tahap murid.

Guru tidak menjatuhkan air muka

atau memalukan murid di khalayak.

Guru seorang pengurus atau

penganjur aktiviti yang baik.

Sepatutnya guru boleh melakonkan

pelbagai watak dalam pelbagai

aktiviti.

Guru boleh membuat pelbagai

suara.

Guru boleh memberi arahan

dengan tepat dan menarik.

Seorang yang prihatin dan peka

serta tajam daya pemerhatian.

Guru berkebolehan menukar atau

melakukan penyesuaian

mendadak,

Guru atau fasilitator ialah seorang

yang fleksibel.

AKTIVITI

Kejayaan didik hibur secara kerkesan

bergantung kepada aktiviti yang

dirancang. Walau bagaimanapun

terdapat beberapa ciri yang perlu

diambil kira semasa merancang

aktiviti Didik Hibur, iaitu:

Aktiviti perlu disesuaikan dengan

tahap murid yang hendak diajar.

Aktiviti yang dijalankan hendaklah

berdasarkan silang budaya

Penyerapan didik hibur

memerlukan tempoh pelaksanaan

dan peruntukan masa

pembelajaran yang sesuai.

Aktiviti didik hibur boleh dibuat,

dijalan dan diselesaikan oleh

murid-murid tanpa banyak

masalah dan halangan.

Aktiviti yang dipilih tidak menjurus

ke arah permusuhan atau konflik

antara murid.

Peraturan yang jelas, senang,

mudah difahami atau diikuti oleh

murid hendaklah disediakan.

Aktiviti didik hibur yang dirancang

perlu memberikan kepuasan

kepada mereka yang

menyertainya, serta boleh disertai

seramai mungkin murid.

85

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!