29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

6.6 Frog VLE—Gerbang Pembelajaran Maya

6.6.1 Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang

menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional

dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak

tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi

VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh

menguruskan kalendar sekolah dan menguar-uarkan notis sekolah melalui Internet.

PEMBELAJARAN MELANGKAUI SEMPADAN

Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional. Pembelajaran boleh dilakukan

di mana jua, pada bila-bila masa.

Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk menemui hampir segalagalanya

di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan membinanya menjadi sebuah Laman yang

menarik, tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada

limpahan sumber pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses

dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.

92

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!