29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

1. 0 PENGENALAN : PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan

aspirasi meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan tertumpu kepada pembangunan

murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan

penghayatan identiti nasional yang kukuh. Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras

antarabangsa bagi memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring dengan semangat pembelajaran

sepanjang hayat.

Rajah 1 : Standard Kemahiran Abad Ke-21

Dalam melakukan penambahbaikan ini, perhatian khusus diberikan kepada kumpulan murid

yang keperluannya berbeza supaya mereka berpeluang mengembangkan potensi diri. Menyedari

hakikat bahawa sekolah merupakan pusat pembelajaran, maka keupayaan Pejabat Pendidikan Daerah

(PPD) akan diperkasakan bagi memastikan hasrat murni dasar dapat diterjemahkan secara tekal dan

realistik, dalam konteks pengalaman bertaraf dunia di sekolah dan di dalam bilik darjah.

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!