29.11.2021 Views

Buku Garis Panudan PAK21 PPD Kulai

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21J

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

3.3.5 Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang

bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina

pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pendekatan

Konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan

pembelajaran pada masa ini.

Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja.

Kelebihan pendekatan ini ialah murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses

saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina

sendiri oleh murid. Pendekatan Konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana

murid digalakkan membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan

pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Hasilnya, murid dapat meningkatkan pemahaman

mereka tentang sesuatu perkara.

MODEL KONSTRUKTIVISME

LIMA FASA NEEDHAM

Kaedah Pembelajaran Model Konstruktivisme

Lima Fasa Needham (Needham, 1987) kepada

kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa

berikut:

Orientasi

Pencetusan Idea

Penstrukturan Semula Idea

Aplikasi Idea

Refleksi

66

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!